Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Perintah ini tidak terpakai bagi pekhidmat domestik sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1) Akta Kerja 1955 [Akta 265], subseksyen 2(1)
Ordinan
Buruh
Sabah
[Bab 67]
dan subseksyen 2(1)
Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76].
Kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, dsb. berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025 3.
(1)
Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025 hendaklah seperti yang berikut:
P.U. (A) 376 3
(2)
Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025 hendaklah tidak kurang daripada RM1,700.00.
(3)
Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh—
(a)
seseorang majikan yang mengambil kerja lima orang pekerja atau lebih; dan
(b)
tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja, majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia
(MASCO) sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh
Kementerian Sumber Manusia.
Kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, dsb. berkuat kuasa bagi tempoh mulai 1 Februari 2025
hingga 31 Julai 2025.