Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN (PINDAAN JADUAL PERTAMA) 2016
Seksyen 2
Jadual Pertama kepada Akta dipinda—
(a)
dalam tajuk, dengan menggantikan perkataan “[Subseksyen 6(2)]”
dengan perkataan “[Subseksyen 6(2) dan (3), seksyen 6a dan subseksyen 8(1) dan (2)]”; dan 128
(b)
dalam perenggan 1—
(i)
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Ketua Pegawai
Eksekutif dan pengarah” dengan perkataan “Pengerusi, pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai kanan”;
(ii)
dalam subperenggan (1)—
(A)
dengan menggantikan perkataan “Menurut subseksyen 6(2) Akta ini, sesuatu institusi yang ditetapkan,” dengan perkataan “Sesuatu institusi yang ditetapkan dan Bank,”;
(B)
dengan menggantikan perkataan “akan memegang” dengan perkataan “terus memegang”;
(C)
dengan menggantikan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah” dengan perkataan “pengerusi, pengarah,
Ketua Pegawai Eksekutif atau pegawai kanan”;
(D)
dalam subsubperenggan (a), dengan menggantikan perkataan “kejujuran,” dengan perkataan “kejujurannya, reputasinya,”;
(E)
dalam subsubperenggan (b), dengan memotong perkataan
“dan”;
(F)
dalam subsubperenggan (c), dengan menggantikan perkataan
“jawatan itu.” dengan perkataan “pemegangan jawatan itu olehnya; dan”; dan
(G)
dengan memasukkan selepas subsubperenggan (c)
subsubperenggan yang berikut:
“(d) integriti kewangannya.”; dan
(iii)
dengan memasukkan selepas subperenggan (1) subperenggan yang berikut:
“(1a) Tanpa menjejaskan keluasan subperenggan (1), bagi maksud menentukan sama ada orang itu adalah “layak dan sesuai”, institusi yang ditetapkan itu dan Bank hendaklah mengambil kira yang berikut:
(a)
bahawa kejujuran dan reputasi adalah nilai yang boleh ditunjukkan melalui kualiti peribadi seperti sifat jujur, integriti, amanah, ketekunan, pemikiran yang bebas dan adil, yang ditunjukkan dalam jangka masa yang panjang dan memerlukan disiplin dan komitmen yang berterusan kepada tahap etika yang tinggi;
129
(b)
bahawa kecekapan ditunjukkan oleh seseorang yang mempunyai kebolehan, pengetahuan yang relevan, pengalaman dan keupayaan untuk memahami kehendak teknikal bagi perniagaan, risiko yang sedia ada dan proses pengurusan yang dikehendaki untuk melaksanakan peranannya dalam jawatan yang relevan dengan berkesan;
dan
(c)
bahawa integriti kewangan ditunjukkan oleh seseorang yang menguruskan hal ehwal kewangannya dengan sepatutnya dan berhemat.”.
Dibuat 27 Januari 2016
[BNM/JUN/1125/40/11; PN(PU2)625/II]
Dato’ Seri Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah
Menteri Kewangan Kedua
DEVELOPMENT FINANCIAL INSTITUTIONS ACT 2002
Development Financial Institutions (Amendment of First
Schedule) Order 2016