Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (LEBUH RAYA KUALA LUMPUR-KARAK) (PINDAAN) 2015

Seksyen 2

Perintah Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pungutan Tol)

(Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak) 1994 [P.U. (A) 369/1994], yang disebut “Perintah ibu”

dalam Perintah ini, dipinda dengan menggantikan perenggan 2 dengan perenggan yang berikut:

“2. (1) ANIH Berhad diberi kuasa bagi tempoh mulai 6 Disember 2011

hingga 28 Julai 2032 untuk meminta, memungut dan menyimpan tol yang berkenaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama bagi penggunaan ke mana-mana arah mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya

Kuala Lumpur-Karak yang bermula dari kilometer 19.2 di koordinat

U+7394.184, T+2025.955 Grid Cassini Negeri

Selangor dan berakhir di kilometer 79.2 di koordinat U-31560.704, T-46053.695 Grid Cassini Negeri

Pahang termasuklah Plaza Tol Masuk/Keluar Gombak, Jalan Susur ke Genting,

Terowong Genting Sempah, Persimpangan Bertingkat Genting Sempah,

Persimpangan Bertingkat Bukit Tinggi, Plaza Tol Masuk/Keluar Bentong,

Persimpangan Bentong Barat, Persimpangan Bertingkat Bentong Timur dan jalan-jalan sambungannya, iaitu suatu jarak sepanjang 60.0 kilometer oleh kelas kenderaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama.

(2)

Jalan–jalan yang dinyatakan dalam subperenggan (1) yang bagi penggunaannya tol dibenarkan diminta, dipungut dan disimpan ditunjukkan dalam peta dalam Jadual Kedua.”.

Pindaan perenggan 3

Section 2 — PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (LEBUH RAYA KUALA LUMPUR-KARAK) (PINDAAN) 2015