Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN (JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG) 2014

Seksyen 2

(1)

Bahagian jalan yang dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang yang bermula dari Persimpangan Bertingkat Batu Maung di koordinat U586043.349,

T256371.651 Grid Rectified Skew Orthomorphic (RSO) dan berakhir di Persimpangan

Bertingkat Batu Kawan di koordinat U581396.462, T276071.127 Grid RSO, kedua-dua jarak diukur dari Persimpangan Bertingkat Batu Maung yang bersambung dengan

Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu/Lebuh Raya Bayan Lepas, termasuklah Plaza Tol

Jambatan Kedua Pulau Pinang, Persimpangan Bertingkat Bunga Cengkih Batu Kawan yang menghubungkan ke jalan utama kawasan pembangunan Perbadanan Kemajuan

Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan, Plaza Tol Bersepadu Jambatan Kedua Pulau Pinang atau dinamakan Plaza Tol PLUS (Bandar Cassia) dan Persimpangan Bertingkat

Batu Kawan yang bersambung dengan Lebuh Raya Utara Selatan, iaitu suatu jarak sepanjang 24 kilometer, diisytiharkan sebagai jalan Persekutuan.

(2)

Jalan yang diisytiharkan sebagai jalan

Persekutuan di bawah subperenggan (1) ditunjukkan dalam peta dalam Jadual.

P.U. (A) 51 3

Section 2 — PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN (JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG) 2014