Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN (LEBUH RAYA BERTINGKAT SUNGAI BESI-ULU KELANG) 2022
Seksyen 2
(1)
Bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi–
Ulu Kelang yang bermula dari kilometer 7.128 Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi–
Ulu Kelang di koordinat U -66766.516, T 26937.495, Geosentrik Datum Malaysia
(GDM2000) dan berakhir di kilometer 22.984 di koordinat U -54575.082, T 28287.27,
Geosentrik Datum Malaysia (GDM2000) termasuklah Persimpangan Bertingkat Cheras-Kajang, Persimpangan Bertingkat Cheras Hartamas, Plaza Tol Bukit Teratai,
Persimpangan Bertingkat Bukit Teratai, Persimpangan Bertingkat Tasik Tambahan,
Persimpangan Bertingkat Permai, Persimpangan Bertingkat Kosas, Plaza Tol Ampang,
Persimpangan Bertingkat Pekan Ampang, Persimpangan Bertingkat Ampang Point,
Persimpangan Bertingkat Ulu Kelang, Persimpangan Bertingkat Hill View, Persimpangan
Bertingkat Bukit Antarabangsa dan jalan-jalan sambungannya, iaitu suatu jarak sepanjang 15.856 kilometer, diisytiharkan sebagai jalan Persekutuan.
(2)
Jalan yang diisytiharkan sebagai jalan
Persekutuan di bawah subperenggan (1) ditunjukkan dalam peta dalam Jadual.
P.U. (A) 292 3