Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Perintah Jalan Persekutuan (Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat
(Taiping-Banting)) 2019 [P.U. (A) 150/2019], yang disebut “Perintah ibu” dalam Perintah ini, dipinda dalam subperenggan 2(1)—
(a)
dengan memotong perkataan “dan” di hujung subsubperenggan (a);
(b)
dalam subsubperenggan (b), dengan menggantikan noktah di hujung subsubperenggan itu dengan koma bernoktah; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subsubperenggan (b) subsubperenggan yang berikut:
“(c)
bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya Pesisiran Pantai
Barat (Taiping-Banting) yang bermula dari kilometer 32.00 di koordinat U 340831.624, T 383801.030 Grid Bentuk Benar Serong di
Tepi (RSO) Geosentrik (GDM 2000) dan berakhir di kilometer 40.07
di koordinat U 346395.404, T 378602.603 Grid RSO Geosentrik
(GDM 2000) (kedua-dua jarak diukur dari kilometer 0.0 Lebuh Raya
3
Pesisiran Pantai Barat (Taiping-Banting) di Persimpangan Bertingkat
Banting)
termasuk
Persimpangan
Bertingkat
NNKSB,
Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja Selatan, Plaza Tol
Masuk/Keluar Bandar Bukit Raja Selatan, Persimpangan Bertingkat
Bandar Bukit Raja Utara, Plaza Tol Masuk/Keluar Bandar Bukit Raja
Utara dan jalan-jalan sambungannya, iaitu suatu jarak sepanjang 8.07 kilometer.”.
Penggantian Jadual