Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN (MALAYSIA BARAT) (PINDAAN) 2022
Seksyen 2
Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia Barat) 1989 [P.U. (A) 401/1989] dipinda dalam Jadual Pertama di bawah kepala “Negeri Sembilan Darul Khusus”—
(a)
dengan memasukkan selepas butiran 27 butiran yang berikut:
“28.
(Laluan 61): Jalan Alor Gajah-Tampin
Bermula dari sempadan
Melaka–Negeri
Sembilan di koordinat U 2.466025, T 102.233855 dan berakhir di koordinat U 2.472641, T 102.231958 di dalam sempadan hak lalu-lalang sebagaimana yang ditunjukkan dalam
PETA
15
:
JALAN
ALOR
GAJAH-TAMPIN
(jarak sepanjang 0.835 km).”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas PETA 14: JALAN TEMIANG-PANTAI peta yang berikut:
P.U. (A) 32 3
“PETA 15: JALAN ALOR GAJAH-TAMPIN
Dibuat 14 Februari 2022
[KKR.100-1/2/19; PN(PU2)391/Jld. 41]
DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF
Menteri Kanan Kerja Raya
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut seksyen 4 Akta Jalan Persekutuan 1959]
”.
P.U. (A) 32 4
FEDERAL ROADS ACT 1959
FEDERAL ROADS (WEST MALAYSIA) (AMENDMENT) ORDER 2022