Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN (MALAYSIA BARAT) (PINDAAN) (NO. 10) 2024

Seksyen 2

Perintah Jalan Persekutuan (Malaysia Barat) 1989 [P.U. (A) 401/1989]

dipinda dalam Jadual Pertama di bawah kepala Negeri Pahang Darul Makmur—

(a)

dengan menggantikan butiran 43 dengan butiran yang berikut:

“43.

(Laluan 40): Jalan Ke Bulatan Mempaga-Lingkaran Tengah Utama

Dari LPT (Bentong)

Bermula dari Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di koordinat

U 3.478986, T 101.921034 dan berakhir di bulatan Mempaga di koordinat U 3.511728, T 101.972576 dan U 3.512396,

T 101.971784 termasuk persimpangan Benus dan jalan-jalan sambungannya di dalam sempadan hak lalu-lalang sebagaimana yang ditunjukkan dalam PETA 22: JALAN KE BULATAN

MEMPAGA-LINGKARAN TENGAH UTAMA DARI LPT (BENTONG)

(jarak sepanjang 10.149 km).”; dan

P.U. (A) 288 3

(b)

dengan menggantikan PETA 22: LINGKARAN TENGAH UTAMA,

NEGERI PAHANG dengan peta yang berikut:

“PETA 22: JALAN KE BULATAN MEMPAGA-LINGKARAN TENGAH UTAMA

DARI LPT (BENTONG)

Dibuat 3 Oktober 2024

[KKR.100-1/2/20; PN(PU2)391/JLD.50]

DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI

Menteri Kerja Raya

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut seksyen 4 Akta Jalan Persekutuan 1959]

”.

P.U. (A) 288 4

FEDERAL ROADS ACT 1959

FEDERAL ROADS (WEST MALAYSIA) (AMENDMENT) (NO. 10) ORDER 2024

Section 2 — PERINTAH JALAN PERSEKUTUAN (MALAYSIA BARAT) (PINDAAN) (NO. 10) 2024