Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) 2022

Seksyen 3

Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967

[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah perjanjian kemudahan am dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2 termasuk apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan perjanjian kemudahan am dan jaminan itu hendaklah diremitkan sepenuhnya:

(a)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional;

(b)

CIMB Islamic Bank Berhad;

(c)

mana-mana pihak lain kepada perjanjian kemudahan am dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2 termasuk mana-mana pihak lain yang kepadanya perjanjian kemudahan am dan jaminan itu dipindahkan atau diserahhakkan; atau

(d)

mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan perjanjian kemudahan am dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2 termasuk mana-mana pihak lain yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.

Peremitan duti setem

Section 3 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) 2022