Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) 2022
Seksyen 3
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara atau dokumen berhubung dengan Program Sukuk, Kemudahan RC-i atau jaminan yang disebut dalam perenggan 2 hendaklah diremitkan sepenuhnya:
(a)
TRX City Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai 1MDB Real Estate
Sendirian
Berhad)
yang baginya
Akta ini terpakai menurut
Perintah Jaminan Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan)
(TRX City Sdn. Bhd.) 2012 [P.U. (A) 139/2012];
(b)
mana-mana pemegang Nota Jangka Sederhana Islam yang diterbitkan atau akan diterbitkan oleh TRX City Sdn. Bhd. menurut Program Sukuk;
(c)
mana-mana pembiaya Kemudahan RC-i; atau
(d)
mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara atau dokumen berhubung dengan Program Sukuk, Kemudahan RC-i dan/atau jaminan yang disebut dalam perenggan 2, termasuklah mana-mana pihak lain yang kepadanya mana-mana perjanjian, nota, surat cara atau dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.
P.U. (A) 93 4
Peremitan duti setem