Seksyen 1
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Jaminan
Pinjaman
(Pertubuhan Perbadanan) (Peremitan Cukai dan Duti Setem) 2023.
/akn/my/act/pua/2023/185
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) 2023 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 185 2023, currently marked in force and first recorded in 2023.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Jaminan
Pinjaman
(Pertubuhan Perbadanan) (Peremitan Cukai dan Duti Setem) 2023.
Pemakaian
perjanjian kemudahan induk berhubung dengan Pembiayaan Berjangka-i
Bersindikasi berjumlah tiga bilion lima ratus juta ringgit
(RM3,500,000,000.00) yang dibuat antara Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional dengan CIMB Investment Bank Berhad, CIMB Islamic Bank
Berhad dan
AmBank
Islamic
Berhad yang disebut sebagai
“Perjanjian Kemudahan Induk” dalam Perintah ini;
jaminan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan
Perjanjian Kemudahan Induk yang disebut sebagai “Jaminan Kerajaan”
dalam Perintah ini; dan
sijil perpindahan atau dokumen lain berhubung dengan penyerahan, perpindahan atau novasi hak, manfaat atau obligasi di bawah
Perjanjian Kemudahan Induk yang disebut sebagai “Sijil Perpindahan”
dalam Perintah ini.
P.U. (A) 185 3
Peremitan cukai
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah Perjanjian Kemudahan Induk, Jaminan Kerajaan dan
Sijil Perpindahan dan apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan
Perjanjian
Kemudahan
Induk,
Jaminan
Kerajaan dan
Sijil Perpindahan hendaklah diremitkan sepenuhnya:
CIMB Investment Bank Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad atau
AmBank Islamic Berhad;
mana-mana pihak lain kepada
Perjanjian
Kemudahan
Induk,
Jaminan Kerajaan dan Sijil Perpindahan termasuk mana-mana pihak lain yang kepadanya Perjanjian Kemudahan Induk, Jaminan Kerajaan dan
Sijil Perpindahan dipindahkan, diserahhakkan atau dinovasikan; atau
mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan
Perjanjian
Kemudahan
Induk,
Jaminan Kerajaan dan Sijil Perpindahan termasuk mana-mana pihak lain yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan, diserahhakkan atau dinovasikan.
Peremitan duti setem
Apa-apa duti setem yang kena dibayar di bawah Akta Setem 1949 [Akta 378]
berkenaan dengan Perjanjian Kemudahan Induk, Jaminan Kerajaan dan Sijil Perpindahan termasuk apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan
Perjanjian Kemudahan Induk, Jaminan Kerajaan dan Sijil Perpindahan hendaklah diremitkan sepenuhnya.
P.U. (A) 185 4
Dibuat pada 31 Mei 2023
[MOF.SID(S)700-14/2/11 JLD 6(4); PN(PU2)232/JLD.17]
ANWAR BIN IBRAHIM
Menteri Kewangan
P.U. (A) 185 5
LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE) ACT 1965
LOANS GUARANTEE (BODIES CORPORATE)
(REMISSION OF TAX AND STAMP DUTY) ORDER 2023
Opening note
the master facility agreement in relation to the Syndicated Term
Financing-i Facility amounting to three billion five hundred million ringgit
(RM3,500,000,000.00) made between Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional and CIMB Investment Bank Berhad, CIMB Islamic Bank
Berhad and AmBank Islamic Berhad which is referred to as the “Master Facility Agreement” in this Order;
the guarantee provided by the Government of Malaysia relating to the
Master
Facility
Agreement which is referred to as the “Government Guarantee” in this Order; and
the transfer certificate or other document in relation to the assignment, transfer or novation of rights, benefits or obligations under the
Master
Facility
Agreement which is referred to as the “Transfer Certificate” in this Order.
P.U. (A) 185 6
Remission of tax 3.
Any tax payable under the Income Tax Act 1967 [Act 53] by any of the following individual or entity in respect of any money payable under the Master Facility
Agreement, Government Guarantee and Transfer Certificate and any agreement, note, instrument and document in relation to the
Master
Facility
Agreement,
Government Guarantee and Transfer Certificate shall be remitted in full:
CIMB Investment Bank Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad or
AmBank Islamic Berhad;
any other party to the Master Facility Agreement, Government Guarantee and Transfer Certificate including any other party to whom the
Master
Facility
Agreement,
Government
Guarantee and
Transfer Certificate is transferred, assigned or novated; or
any other party to any agreement, note, instrument and document in relation to the Master Facility Agreement, Government Guarantee and
Transfer Certificate including any other party to whom the agreement, note, instrument and document is transferred, assigned or novated.
Remission of stamp duty 4.
Any stamp duty payable under the Stamp Act 1949 [Act 378] in respect of the Master Facility Agreement, Government Guarantee and Transfer Certificate including any agreement, note, instrument and document in relation to the Master Facility
Agreement, Government Guarantee and Transfer Certificate shall be remitted in full.
Made 31 May 2023
[MOF.SID(S)700-14/2/11 JLD 6(4); PN(PU2)232/JLD.17]
ANWAR BIN IBRAHIM
Minister of Finance