Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (DANAINFRA NASIONAL BERHAD) 2025

Seksyen 2

Tafsiran

“jaminan” ertinya jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh

Kerajaan Malaysia berhubung dengan Program IMTN dan ICP, Program IMTN dan ICP yang dipertingkat dan Kemudahan SFF-i;

“Kemudahan SFF-i” ertinya Kemudahan Kredit Pusingan Islam Bersindiket yang diperoleh oleh DanaInfra Nasional Berhad dengan amaun agregat prinsipal tidak melebihi satu bilion ringgit (RM1,000,000,000.00);

“Program

IMTN dan

ICP”

ertinya

Nota

Jangka

Sederhana

Islam dan Kertas Komersial Islam yang diterbitkan atau akan diterbitkan oleh

DanaInfra Nasional Berhad menurut Program Nota Jangka Sederhana Islam dan Kertas Komersial Islam dengan nilai nominal sehingga lapan puluh dua bilion dua ratus juta ringgit

(RM82,200,000,000.00)

termasuk amaun agregat yang telah diperoleh di bawah Kemudahan SFF-i;

P.U. (A) 415 3

“Program IMTN dan ICP yang dipertingkat” ertinya Program IMTN dan ICP yang telah dipertingkatkan dengan nilai nominal tambahan sehingga enam bilion lima ratus juta ringgit (RM6,500,000,000.00) kepada nilai agregat maksimum sehingga lapan puluh lapan bilion tujuh ratus juta ringgit (RM88,700,000,000.00)

termasuk amaun agregat prinsipal yang telah diperoleh di bawah Kemudahan SFF-i.

Section 2 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (DANAINFRA NASIONAL BERHAD) 2025