Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (MALAYSIA RAIL LINK SDN. BHD.) 2023

Seksyen 2

Dalam Perintah ini—

“jaminan” ertinya jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh

Kerajaan Malaysia berhubung dengan Program Kertas Komersial Islam dan

Nota Jangka Sederhana Islam, Kemudahan STRC-3, Kemudahan STRC-i3 Permulaan,

Kemudahan

STRC-i3

Tambahan dan program pembiayaan masa hadapan yang berkaitan;

“Kemudahan STRC-3” ertinya Kemudahan Pusingan Kredit Jangka Pendek

Bersindiket yang diperoleh oleh Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. daripada Bank of China

(Malaysia) Berhad, China Construction Bank (Malaysia) Berhad dan United Overseas

Bank (Malaysia) Bhd dengan amaun agregat prinsipal tiga bilion ringgit

(RM3,000,000,000.00);

3

“Kemudahan STRC-i3 Permulaan” ertinya Kemudahan Pusingan Kredit-i

Jangka Pendek Islam Bersindiket yang diperoleh oleh Malaysia Rail Link Sdn. Bhd.

daripada AmBank Islamic Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad, Maybank Islamic Berhad dan RHB Islamic Bank Berhad dengan amaun agregat prinsipal tiga bilion lima ratus juta ringgit (RM3,500,000,000.00);

“Kemudahan STRC-i3 Tambahan” ertinya Kemudahan Pusingan Kredit-i

Jangka Pendek Islam yang diperoleh oleh Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. daripada

Maybank Islamic Berhad dengan amaun agregat prinsipal satu bilion ringgit

(RM1,000,000,000.00);

“Program Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka Sederhana Islam” ertinya

Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka Sederhana Islam yang diterbitkan atau akan diterbitkan oleh Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. menurut Program Kertas Komersial

Islam dan Nota Jangka Sederhana Islam (dengan opsyen untuk menerbitkan

Sukuk Matlamat Pembangunan Mampan) dengan nilai nominal sehingga sepuluh bilion dua ratus sepuluh juta ringgit (RM10,210,000,000.00) termasuk amaun agregat yang telah diperoleh di bawah Kemudahan STRC-3, Kemudahan STRC-i3 Permulaan dan

Kemudahan STRC-i3 Tambahan;

“program pembiayaan masa hadapan yang berkaitan” ertinya pembiayaan lain yang akan diperoleh atau bon atau sukuk korporat lain yang akan diterbitkan oleh

Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. dengan kelulusan Kerajaan Malaysia dengan had induk pembiayaan tidak melebihi dua puluh tiga bilion empat ratus sembilan puluh juta ringgit

(RM23,490,000,000.00)

termasuk pembiayaan yang telah diperoleh oleh

Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. di bawah Program Kertas Komersial Islam dan

Nota Jangka Sederhana Islam, Kemudahan STRC-3, Kemudahan STRC-i3 Permulaan dan

Kemudahan STRC-i3 Tambahan.

Section 2 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (MALAYSIA RAIL LINK SDN. BHD.) 2023