Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 2) 2020
Seksyen 3
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53]
oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan produk, kemudahan, program dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2
hendaklah diremitkan sepenuhnya:
(a)
Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. yang baginya Akta Jaminan Pinjaman
(Pertubuhan Perbadanan) 1965 [Akta 96] terpakai menurut kuasa
Perintah Jaminan Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan)
(Malaysia Rail Link Sdn. Bhd.) 2017 [P.U. (A) 60/2017];
(b)
mana-mana pemegang Sukuk Murabahah;
(c)
mana-mana pembiaya Pembiayaan STRC-i itu; atau
(d)
mana-mana pihak dalam apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen, berhubung dengan produk, kemudahan, program dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.
Peremitan duti setem