Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 2) 2023
Seksyen 3
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53]
oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Kemudahan RC-i dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2
hendaklah diremitkan sepenuhnya:
(a)
Tenaga Nasional Berhad yang baginya Akta Jaminan Pinjaman
(Pertubuhan Perbadanan) 1965 terpakai menurut kuasa Perintah Gerenti
Pinjaman (Tenaga Nasional Berhad) 1990 [P.U. (A) 426/1990];
(b)
mana-mana pembiaya Kemudahan RC-i; atau
(c)
mana-mana pihak kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Kemudahan RC-i dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2, termasuk mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.
Peremitan duti setem