Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2022

Seksyen 3

Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967

[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, surat cara dan dokumen berhubung dengan Kemudahan TF-i dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2

hendaklah diremitkan sepenuhnya:

(a)

Lembaga

Pembiayaan

Perumahan

Sektor

Awam yang baginya

Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965 terpakai menurut

Perintah Jaminan Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan)

(Lembaga

Pembiayaan

Perumahan

Sektor

Awam)

2016

[P.U. (A) 198/2016];

(b)

CIMB Islamic Bank Berhad; atau

(c)

mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, surat cara dan dokumen berhubung dengan Kemudahan TF-i dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2, termasuk mana-mana pihak yang kepadanya mana-mana perjanjian, surat cara dan dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.

Peremitan duti setem

Section 3 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 3) 2022