Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 4) 2022
Seksyen 3
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53]
oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara atau dokumen berhubung dengan Sukuk Murabahah atau jaminan yang disebut dalam perenggan 2
hendaklah diremitkan sepenuhnya:
(a)
Prasarana Malaysia Berhad yang baginya Akta ini terpakai menurut
Perintah Jaminan Pinjaman (Penetapan Pertubuhan Perbadanan)
(Syarikat Prasarana Negara Berhad) 2001 [P.U. (A) 351/2001];
(b)
mana-mana pemegang Kertas Komersial Islam dan Nota Jangka
Sederhana
Islam yang diterbitkan atau akan diterbitkan oleh
Prasarana Malaysia Berhad menurut Sukuk Murabahah; atau
(c)
mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara atau dokumen berhubung dengan Sukuk Murabahah atau jaminan yang disebut dalam perenggan 2, termasuk mana-mana pihak yang kepadanya mana-mana perjanjian, nota, surat cara atau dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.
Peremitan duti setem