Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (NO. 6) 2020
Seksyen 3
Apa-apa cukai yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53] oleh mana-mana individu atau entiti yang berikut berkenaan dengan apa-apa wang yang kena dibayar di bawah apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen
3
berhubung dengan Program GG Sukuk Murabahah dan jaminan yang disebut dalam perenggan 2 hendaklah diremitkan sepenuhnya:
(a)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan yang baginya Akta terpakai menurut
Perintah
Jaminan
Pinjaman
(Penetapan
Pertubuhan
Perbadanan)
(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) 2009 [P.U. (A) 465/2009];
(b)
mana-mana pemegang Nota Jangka Sederhana Islam yang diterbitkan oleh
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan menurut Program GG Sukuk
Murabahah; atau
(c)
mana-mana pihak lain kepada apa-apa perjanjian, nota, surat cara dan dokumen berhubung dengan Program GG Sukuk Murabahah atau jaminan yang disebut dalam perenggan 2, termasuklah mana-mana pihak yang kepadanya perjanjian, nota, surat cara atau dokumen itu dipindahkan atau diserahhakkan.
Peremitan duti setem