Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL) 2025

Seksyen 2

Tafsiran

“jaminan” ertinya jaminan yang diberikan atau akan diberikan oleh

Kerajaan Malaysia berhubung dengan Kemudahan Kredit dan Program Sukuk;

“Kemudahan

Kredit”

ertinya pinjaman bersindiket atau dua hala, atau kemudahan pembiayaan yang diperoleh atau akan diperoleh oleh

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dengan amaun agregat prinsipal tidak melebihi dua belas bilion satu ratus lima juta ringgit (RM12,105,000,000.00)

termasuk nilai nominal agregat yang telah diperoleh di bawah Program Sukuk;

“Program

Sukuk”

ertinya

Kertas

Komersial

Islam dan

Nota

Jangka

Sederhana Islam yang diterbitkan atau akan diterbitkan oleh Perbadanan Tabung

Pendidikan Tinggi Nasional menurut Program Sukuk dengan nilai nominal agregat tidak melebihi dua belas bilion satu ratus lima juta ringgit (RM12,105,000,000.00)

termasuk amaun agregat prinsipal yang telah diperoleh di bawah Kemudahan Kredit.

P.U. (A) 208 3

Section 2 — PERINTAH JAMINAN PINJAMAN (PERTUBUHAN PERBADANAN) (PEREMITAN CUKAI DAN DUTI SETEM) (PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL) 2025