Malaysia legislation
Section 4
of PERINTAH KAEDAH-KAEDAH INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) (PINDAAN) 2007
Seksyen 4
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 26 kaedah yang berikut:
“Hukuman tatatertib terus oleh pihak berkuasa tatatertib 26a. (1) Pihak berkuasa tatatertib boleh, pada budi bicaranya, sebagai ganti mengambil tindakan tatatertib di bawah Bahagian V, mengenakan hukuman tatatertib terus, dengan amaran atau denda tidak melebihi lima puluh ringgit ke atas mana-mana pelajar yang melakukan kesalahan tatatertib di bawah perenggan 3(i), kaedah-kaedah 6, 21, 22, 23 dan 25
dengan kehadiran atau pendapat pihak berkuasa tatatertib:
Dengan syarat bahawa sebelum hukuman dikenakan ke atas pelajar, pihak berkuasa tatatertib hendaklah memberitahunya tentang kesalahan tatatertib yang dilakukan olehnya dan memberinya peluang untuk membuat rayuan lisan berkenaan dengannya dalam tempoh tidak melebihi 5 hari kepada pihak berkuasa tatatertib itu.
(2)
Setelah pengenaan hukuman yang tersebut dalam perenggan (1), pihak berkuasa tatatertib hendaklah, dengan serta-merta menyerahkan kepada pelajar suatu notis bertulis mengenai hukuman yang dikenakan itu dalam suatu borang mengikut sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai
Hal Ehwal Pelajar, dan jika hukuman yang dikenakan itu ialah denda, peruntukan-peruntukan kaedah-kaedah 63 dan 64 hendaklah terpakai.”.
Dibuat 24 Disember 2007
[KPT.U.(S)100-1/2/3; PN(PU2)365/III]
Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein
Menteri Pelajaran
Dato’ Mustapa bin Mohamed
Menteri Pengajian Tinggi
5979
EDUCATIONAL INSTITUTIONS (DISCIPLINE) ACT 1976
Educational Institutions (Discipline of Students)
Rules (Amendment) Order 2007