Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN CAJ PERKHIDMATAN BAGI HOTEL DAN RESTORAN) 2015
Seksyen 2
Dalam Perintah ini—
“caj perkhidmatan”, berhubung dengan suatu hotel atau restoran, ertinya apa-apa fi atau amaun yang dicajkan ke atas pelanggan bagi perkhidmatan yang disediakan oleh pekerja hotel atau restoran itu sama ada dalam bentuk caj perkhidmatan, fi perkhidmatan, tip atau selainnya tidak kira bagaimana jua sekalipun diperihalkan;
“hotel” ertinya mana-mana premis, termasuk rumah inapan, rumah tumpangan, rumah rehat dan rumah penginapan yang menawarkan penginapan untuk disewa atau untuk apa-apa bentuk ganjaran yang lain, sama ada makanan atau minuman juga disediakan atau tidak;
“restoran” ertinya mana-mana premis di mana makanan atau minuman disediakan dan dihidang kepada pelanggan.
P.U. (A) 79 3