Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN HARGA BARANGAN HARGA TERKAWAL) (NO. 3) 2012

Seksyen 2

(1)

Mana-mana orang yang menjual atau menawarkan untuk menjual apa-apa barangan harga terkawal yang disiarkan dalam P.U. (A) 452/2012 hendaklah meletakkan label berwarna merah jambu yang menunjukkan harga bagi setiap unit atau unit timbangan, nama yang memerihalkan barangan berkenaan dan gred atau kualiti, sekiranya ada, bagi barangan harga terkawal itu.

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subperenggan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit; atau

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

P.U. (A) 453 3

Dibuat 14 Disember 2012

[KPDN (PGK)(S)26/0.5001/1 Jld.12; PN(PU2)695/III]

DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB

Menteri Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi dan Kepenggunaan

P.U. (A) 453 4

PRICE CONTROL AND ANTI-PROFITEERING ACT 2011

PRICE CONTROL AND ANTI-PROFITEERING

(PRICE MARKING OF PRICE-CONTROLLED GOODS) (NO. 3) ORDER 2012

Section 2 — PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENANDAAN HARGA BARANGAN HARGA TERKAWAL) (NO. 3) 2012