Malaysia legislation

Section 5

of PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENETAPAN HARGA MAKSIMUM DAN PENANDAAN HARGA BARANGAN HARGA TERKAWAL) (NO. 3) 2011

Seksyen 5

Penandaan harga

(1)

Mana-mana orang yang menjual atau menawarkan untuk menjual barang harga terkawal hendaklah meletakkan label berwarna merah jambu yang menunjukkan harga bagi setiap unit atau unit timbangan, nama yang memerihalkan barang berkenaan dan gred atau kualiti, sekiranya ada, bagi barang harga terkawal tersebut.

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subperenggan (1) melakukan suatu kesalahan boleh, apabila disabitkan

(a)

jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit; atau

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

P.U. (A) 285 4

PRICE CONTROL AND ANTI-PROFITEERING ACT 2011

PRICE CONTROL AND ANTI-PROFITEERING (FIXING OF MAXIMUM PRICE AND PRICE

MARKING OF PRICE-CONTROLLED GOODS) (NO. 3) ORDER 2011

Section 5 — PERINTAH KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN (PENETAPAN HARGA MAKSIMUM DAN PENANDAAN HARGA BARANGAN HARGA TERKAWAL) (NO. 3) 2011