Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH KAWALAN PERTUKARAN WANG (PERNIAGAAN PENGURUPAN WANG) (PENGECUALIAN) 2011

Seksyen 3

Pengecualian

Seorang pemegang lesen atau ejen perniagaan perkhidmatan wangnya adalah dikecualikan daripada larangan di bawah

(a)

subseksyen 4(1) Akta berkenaan dengan

(i)

pembelian mata wang asing daripada;

(ii)

penjualan mata wang asing kepada; atau

(iii)

pelakuan apa-apa perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pembelian mata wang asing daripada atau penjualan mata wang asing kepada, mana-mana orang di dalam Malaysia; dan

(b)

seksyen 4A Akta berkenaan dengan pengeluaran atau penerbitan, atau selainnya yang memudahkan pengeluaran atau penerbitan oleh mana-mana orang, sesuatu iklan berhubungan dengan pembelian atau penjualan mata wang asing.

Pembatalan

Section 3 — PERINTAH KAWALAN PERTUKARAN WANG (PERNIAGAAN PENGURUPAN WANG) (PENGECUALIAN) 2011