Malaysia legislation
Section 5
of PERINTAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (ORANG BERLESEN) 2024
Seksyen 5
(1)
Orang berlesen hendaklah menyimpan dan menyenggara rekod yang berikut:
(a)
notis bertulis berkenaan dengan pemeriksaan loji yang menghendaki perakuan kelayakan;
(b)
maklumat dalam laporan pemeriksaan loji yang menghendaki perakuan kelayakan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
(c)
butir-butir dalam perakuan kelayakan loji;
(d)
laporan prestasi bulanan orang berlesen yang disediakan di bawah subperenggan 9(l) berkenaan dengan pemeriksaan yang telah dijalankan terhadap loji yang menghendaki perakuan kelayakan;
(e)
maklumat mengenai pengendalian, beri servis, penyenggaraan, penentukuran dan pembaikan peralatan pemeriksaan;
(f)
maklumat mengenai latihan teknikal yang dihadiri oleh mana-mana orang yang diambil kerja oleh orang berlesen;
(g)
maklumat mana-mana orang yang diambil kerja oleh orang berlesen termasuk kelayakan dan standard kekompetenan, pelantikan, penamatan, perletakan jawatan orang yang diambil kerja, dan kelas dan
5
skop pemeriksaan yang dia boleh jalankan bagi loji yang menghendaki perakuan kelayakan sebagaimana yang dinyatakan dalam dalam