Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Pengecualian
Semua jentera yang didaftarkan dengan Ketua Pemeriksa, dengan nombor pendaftaran dan perihalan yang dinyatakan dalam ruang (1) dan (2) Jadual, atas nama
Petronas Gas Berhad, Pusat Operasi Serantau Shah Alam, Selangor yang telah dikeluarkan perakuan kelayakan, adalah dikecualikan daripada persediaan yang dikehendaki di bawah perenggan 17(b) Peraturan-Peraturan (Pemberitahu, Perakuan
Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera 1970 [P.U. (A) 43/1970] bagi pemeriksaan ulangan yang berikutnya selepas habis tempoh perakuan kelayakan itu pada 19 September 2014.