Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN JADUAL PERTAMA DAN JADUAL KETIGA) (NO. 2) 1998
Seksyen 2
Jadual Pertama kepada Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, yang dalam Perintah ini disebut "Akta ibu", dipinda dengan memasukkan selepas perenggan 9 perenggan yang berikut:
“(10) Mana-mana orang yang diambil bekerja dan yang negara domisilnya ialah di luar Malaysia dan yang masuk dan berada secara sementara di bawah kuasa mana-mana pas yang berikut yang dikeluarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen:
(a)
pas penggajian; atau
(b)
pas lawatan (kerja sementara) yang dikeluarkan kepada seorang ekspatriat yang menerima upah bulanan yang tidak kurang daripada dua ribu lima ratus ringgit, dan yang tidak memberi kepada Lembaga dan majikannya satu bulan notis dalam borang yang ditetapkan mengenai niatnya untuk menjadi ahli Kumpulan Wang.
(11)
Mana-mana orang yang negara domisilnya ialah Thailand yang masuk dan berada secara sementara di bawah suatu pas yang dikeluarkan menurut Perjanjian Pas Sempadan bertarikh 24 Jun 1940 antara Kerajaan Negeri Kelantan, Perlis, Kedah, Perak dengan Kerajaan Thailand, yang bekerja di bawah suatu pas lawatan (kerja sementara) yang dikeluarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen.
(12)
Mana-mana orang yang negara domisilnya ialah di luar Malaysia dan bekerja dengan kelulusan yang diberikan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perkapalan.".
Pindaan Jadual Ketiga