Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI MENGURANGKAN KESAN PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19) (PELANJUTAN MASA) 2021

Seksyen 2

(1)

Mana-mana kewajipan atau obligasi statutori yang tidak mungkin untuk dilaksanakan dalam masa yang dinyatakan dalam mana-mana Akta yang disebut dalam Jadual kepada Perintah ini oleh mana-mana pihak berkuasa semasa tempoh dari 18 Mac 2020 hingga 9 Jun 2020 disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit

Berjangkit 1988 untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19, masa yang dinyatakan itu hendaklah dilanjutkan hingga 31 Mac 2021.

(2)

Pelanjutan masa yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah termasuk mana-mana kewajipan atau obligasi statutori yang dinyatakan di bawah mana-mana perundangan subsidiari kepada Akta yang disebut dalam Jadual.

3

Section 2 — PERINTAH LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI MENGURANGKAN KESAN PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19) (PELANJUTAN MASA) 2021