Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Bayaran fi
(1)
Fi yang kena dibayar kepada
Lembaga berhubung dengan penyerahsimpanan atau pemfailan dokumen hendaklah dibayar semasa dokumen itu diserahkan atau difailkan.
(2)
Jika fi kena dibayar bagi atau berhubung dengan penyerahsimpanan atau pemfailan dokumen dan dokumen itu diserahkan atau difailkan tanpa bayaran fi, dokumen itu disifatkan tidak diserahkan atau difailkan sehingga fi itu dibayar.
(3)
Jika fi kena dibayar bagi atau berhubung dengan apa-apa perkara yang melibatkan perbuatan apa-apa tindakan atau benda oleh Lembaga, Lembaga mempunyai kuasa untuk enggan melakukan tindakan atau benda itu sehinggalah fi itu dibayar.
Pembatalan