Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (NO. 2) (PINDAAN) (NO. 2) 2014
Seksyen 2
Jadual kepada Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2013
[P.U. (A) 184/2013] dipinda―
(a)
berkenaan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia―
(i)
dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan dalam ruang “Styles and Titles” dan “Departments” selepas perkataan “Deputy Minister of Home Affairs” dengan perkataan yang berikut:
“Minister of
Communications and
Multimedia
Deputy Minister of
Communications and
Multimedia”;
Ministry of Communications and Multimedia:
P.U. (A) 154 3
(ii)
dengan menggantikan semua perkataan dalam ruang “Perkara”
yang terdapat bersetentangan dengan perkataan “Kementerian
Komunikasi dan Multimedia” dalam ruang “Jabatan” dengan perkataan yang berikut:
“Kementerian
Komunikasi dan
Multimedia:
Penyiar dan pemberi maklumat rasmi Kerajaan
Pengurusan maklumat dan media massa Kerajaan
Kelulusan bahan promosi dan mesej Kerajaan
Iklan komersial di radio dan televisyen Kerajaan
Hubungan antarabangsa dua hala, pelbagai hala dan kerjasama dengan pertubuhan antarabangsa dalam bidang komunikasi dan multimedia termasuk penerangan, penyiaran, perfileman, telekomunikasi, hal ehwal pos, perlindungan data peribadi, kandungan kreatif dan ICT
Penyiaran Kerajaan termasuk kandungan, peluasan dan penambahan keperluan siaran
Penentuan pihak-pihak untuk mewakili kepentingan Kerajaan untuk mengendalikan perkhidmatan dan kemudahan penyiaran Kerajaan
Pemantauan penyiaran radio luar negara bagi maksud
Kerajaan
Pemantauan kandungan siaran berita televisyen tempatan dan luar negara bagi maksud
Kerajaan
P.U. (A) 154 4
Penggubalan, penyelarasan dan pelaksanaan objektif dasar-dasar negara mengenai industri komunikasi dan multimedia
Penggubalan dan pelaksanaan dasar negara mengenai keselamatan, perlindungan keselamatan, integriti dan kebolehpercayaan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi komunikasi
Penggubalan dasar negara mengenai penggunaan dan penguntukan spektrum komunikasi
Penggubalan dan pelaksanaan dasar negara mengenai pemberian perkhidmatan sejagat dan Kumpulan Wang Pemberian
Perkhidmatan Sejagat
Merancang dan membangunkan strategi-strategi bagi industri komunikasi
Mewujudkan rangka kerja pelesenan dan pengawalseliaan bagi industri komunikasi
Menggalakkan kemajuan keupayaan dan kecekapan bagi industri percantuman komunikasi
Pelesenan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian, perkhidmatan aplikasi dan perkhidmatan aplikasi kandungan
Penubuhan dan pengendalian
Tribunal Rayuan bagi industri komunikasi
Penggubalan dan pelaksanaan dasar negara mengenai industri
P.U. (A) 154 5
perkhidmatan pos di bawah
Akta Perkhidmatan Pos 2012
Merancang dan melaksanakan strategi-strategi bagi pembangunan industri perkhidmatan pos
Penstrukturan tarif pos
Pelesenan perkhidmatan pos
Mengawal selia aspek operasi, pengurusan dan kewangan
Suruhanjaya
Komunikasi dan
Multimedia di bawah
Akta
Komunikasi dan
Multimedia 1998
dan
Akta
Suruhanjaya
Komunikasi dan
Multimedia Malaysia 1998
Mewujudkan masyarakat bermaklumat
Merancang, mengurus dan melaksanakan sambutan Hari
Kemerdekaan
Negara dan sambutan Hari Malaysia serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya
Penggubalan dan pelaksanaan dasar negara mengenai perlindungan data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data
Peribadi 2010
Penggubalan dan pelaksanaan dasar industri kreatif negara
Merancang dan membangunkan strategi-strategi bagi dasar industri kreatif negara
Penggubalan, pemantauan dan penyelarasan pelaksanaan dasar negara mengenai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
P.U. (A) 154 6
Penggalakan penggunaan ICT di kalangan masyarakat
Urus setia bagi Majlis Teknologi
Maklumat Negara (NITC)”;
(iii)
dengan menggantikan perkataan “Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK)”
dalam ruang “Jabatan” dan semua perkataan yang terdapat bersetentangan dengannya dalam ruang “Perkara” dengan perkataan yang berikut:
“Jabatan Hal Ehwal Khas
(JASA)
Mengumpul dan menganalisis semua maklumat termasuk maklumat sosiopolitik, agama dan yang ada hubungan dengan kestabilan, perpaduan dan keselamatan negara
Penyampai utama
(key communicator)
antara pemimpin dengan rakyat dalam hubungan timbal balik
(reciprocity)
bagi membantu
Kerajaan dan rakyat mendapat maklumat yang benar dan adil dalam membuat keputusan-keputusan penting negara
Membantu proses pendidikan untuk rakyat yang berinformatif serta memiliki nilai-nilai sosial yang perlu dalam pembentukan sebuah negara maju dengan semangat patriotik yang berterusan”;
(iv)
dengan memotong perkataan “Jabatan Filem Negara” dalam ruang
“Jabatan” dan semua perkataan yang terdapat bersetentangan dengannya dalam ruang “Perkara”;
(v)
dengan menggantikan perkataan “Penguatkuasaan, penyeliaan dan pengawalseliaan aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
P.U. (A) 154 7
Malaysia 1998, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,
Akta Perkhidmatan Pos 1991 dan Akta Tandatangan Digital 1997”
dalam ruang “Perkara” yang terdapat bersetentangan dengan perkataan “Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM)”
dalam ruang
“Jabatan”
dengan perkataan
“Penguatkuasaan, penyeliaan dan pengawalseliaan aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia di bawah Akta Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998, Akta Perkhidmatan Pos 2012 dan
Akta Tandatangan Digital 1997”;
(vi)
dengan memasukkan dalam ruang “Perkara” selepas perkataan
“Melaksanakan fungsi-fungsi dan menjalankan kuasa-kuasa di bawah Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981”
yang terdapat bersetentangan dengan perkataan “Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)” dalam ruang
“Jabatan” dengan perkataan yang berikut:
“Penerbitan dan pengedaran filem/video;
Penerbitan rakaman liputan peristiwa bagi maksud arkib;
Perkhidmatan perfileman bagi maksud Kerajaan”;
(vii)
dengan menggantikan perkataan “Bahagian Pelesenan dan
Penguatkuasaan” dalam ruang “Jabatan” dan semua perkataan yang terdapat bersetentangan dengannya dalam ruang “Perkara”
dengan perkataan yang berikut:
“Unit
Urus setia
Jawatankuasa PUSPAL
Urus setia kepada Jawatankuasa
Agensi Pusat untuk permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara di
Malaysia”;
P.U. (A) 154 8
(viii)
dengan menggantikan perkataan “Mengawal selia pemprosesan data peribadi dan menguatkuasakan undang-undang perlindungan data peribadi demi meningkatkan keyakinan pengguna dalam transaksi komersial di Malaysia” dalam ruang “Perkara” yang terdapat bersetentangan dengan perkataan “Jabatan Perlindungan
Data Peribadi” dalam ruang “Jabatan” dengan perkataan
“Penguatkuasaan, penyeliaan dan pengawalseliaan aktiviti-aktiviti di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010”; dan
(ix)
dengan menggantikan semua perkataan yang terdapat dalam ruang “Jabatan” dan “Perkara” selepas perkataan “Jabatan
Perlindungan Data Peribadi” dalam ruang “Jabatan” perkataan yang berikut:
“Pusat Rangkaian
Maklumat
Malaysia (MyNIC)
Perbadanan
Kemajuan
Multimedia [MDeC]
Pentadbir tunggal untuk alamat web yang berakhir dengan “.my” di Malaysia
(country code
Top
Level
Domain)
Mentadbir dan menyelenggara lapan kategori nama domain iaitu
.my,
.com.my,
.org.my,
.net.my,
.edu.my,
.gov.my,
.mil.my dan .name.my serta beroperasi sebagai pejabat pendaftaran nama domain
Membangun, mengkoordinasi dan mempromosi ekonomi digital, industri teknologi informasi dan komunikasi di
Malaysia serta penggunaan
ICT secara meluas di Malaysia”;
P.U. (A) 154 9
(b)
berkenaan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani―
(i)
dengan menggantikan semua perkataan dalam ruang “Perkara”
yang terdapat bersetentangan dengan perkataan “Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani” dalam ruang “Jabatan” dengan perkataan yang berikut:
“Menggubal, merancang dan melaksanakan
Dasar
Agromakanan Negara
Penilaian dan pemantauan program-program dan projek-projek Industri Asas Tani
Penggalakan pelaburan, pembangunan perniagaan dan penswastaan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu
(IADA)
Rundingan perdagangan dan kerjasama pelbagai hala, serantau dan dua hala mengenai pertanian
Mengawal selia industri padi dan beras di bawah Akta
Kawalan Padi dan Beras 1994 dan Peraturan-Peraturan
Perlu (Kawalan Bekalan Beras) 1974
Pengairan dan saliran pertanian
Pengurusan Taman Botani Shah Alam”; dan
(ii)
dengan memasukkan dalam ruang “Jabatan” dan “Perkara” selepas perkataan “Jabatan Perkhidmatan Veterinar” dalam ruang
“Jabatan” perkataan yang berikut:
“Jabatan Perkhidmatan
Kuarantin dan
Pemeriksaan Malaysia
(MAQIS)
Melaksanakan fungsi-fungsi dan kuasa-kuasa di bawah
Akta
Perkhidmatan dan
Pemeriksaan Malaysia 2011”; dan
P.U. (A) 154 10
(c)
berkenaan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi―
(i)
dengan memotong perkataan “Penggubalan, pemantauan dan penyelarasan pelaksanaan dasar negara mengenai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)” dalam ruang “Perkara” yang terdapat bersetentangan dengan perkataan “Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi” dalam ruang “Jabatan”;
(ii)
dengan memotong perkataan “Penggalakan penggunaan ICT di kalangan masyarakat” dalam ruang “Perkara” yang terdapat bersetentangan dengan perkataan “Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi” dalam ruang “Jabatan”;
(iii)
dengan memotong perkataan “Urus setia bagi Majlis Teknologi
Maklumat Negara (NITC)” dalam ruang “Perkara” yang terdapat bersetentangan dengan perkataan “Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi” dalam ruang “Jabatan”;
(iv)
dengan menggantikan perkataan “Jabatan Meteorologi Malaysia
(MMD)
” dalam ruang “Jabatan” dengan perkataan “Jabatan
Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)”; dan
(v)
dalam teks bahasa Kebangsaan, dengan menggantikan perkataan
“Agensi Angkasa Malaysia (ANGKASA)” dalam ruang “Jabatan”
dengan perkataan “Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)”.
Dibuat 30 Mei 2014
[PM(BK)R. 11456/13 Jld. 54; PN(PU2)18/XXV]
Dengan Titah Perintah
TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA
Setiausaha Jemaah Menteri
P.U. (A) 154 11
MINISTERIAL FUNCTIONS ACT 1969
MINISTERS OF THE FEDERAL GOVERNMENT (NO. 2) (AMENDMENT)
(NO. 2) ORDER 2014