Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (NO. 2) (PINDAAN) (NO. 2) 2015
Seksyen 2
Jadual kepada Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2013
[P.U. (A) 184/2013] dipinda―
(a)
berkenaan dengan Jabatan Perdana Menteri―
(i)
dengan memasukkan dalam ruang “Perkara” selepas perkataan
“Menyelaraskan isu-isu sosio-ekonomi yang melibatkan pelbagai sektor melalui mesyuarat Majlis Ekonomi” yang terdapat bersetentangan dengan perkataan “Unit Perancang Ekonomi
P.U. (A) 224 3
(UPE)” dalam ruang “Jabatan” perkataan “Penggubalan dan pelaksanaan dasar negara mengenai tenaga”;
(ii)
dengan memasukkan dalam ruang “Perkara” selepas perkataan
“Memperkukuhkan sumber bekalan tenaga bagi menjamin bekalan tenaga yang berkualiti, andal dan berkesan kos” yang terdapat bersetentangan dengan perkataan “Unit Perancang Ekonomi
(UPE)” dalam ruang “Jabatan” perkataan yang berikut:
“Pembangunan industri minyak dan gas
Menyelaras dan memantau operasi Pihak Berkuasa
Bersama Malaysia-Thailand”;
(iii)
dengan memotong perkataan “Mahkamah Anak Negeri Wilayah
Persekutuan Labuan” dalam ruang “Jabatan” dan semua perkataan yang terdapat bersetentangan dengannya dalam ruang “Perkara”;
(iv)
dengan memasukkan dalam ruang “Jabatan” dan “Perkara” selepas perkataan “Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan” dalam ruang
“Jabatan” perkataan yang berikut:
“Unit
Pembangunan
Penjaja, Peniaga
Kecil dan Wakaf
Hindu
Pembangunan penjaja dan peniaga kecil kaum Cina di seluruh negara
Pembentangan
Laporan
Tahunan dan
Penyata Kewangan Lembaga Wakaf Hindu
Negeri Pulau Pinang
Bahagian
Kampung
Baru
Cina
Pembangunan Kampung Baru Cina
P.U. (A) 224 4
Unit
Pembangunan
SME dan Mikro
Kredit
Pembangunan
Perusahaan
Kecil dan
Sederhana (PKS) kaum Cina dan Program
Mikro Kredit yang berkaitan pembangunan
PKS Kaum Cina”; dan
(v)
dengan memasukkan dalam ruang “Jabatan” dan “Perkara” selepas perkataan “Unit Pembangunan SME dan Mikro Kredit” dalam ruang “Jabatan” perkataan yang berikut:
“Majlis Profesor
Negara
Membantu kegiatan pembangunan ilmiah seperti menggalakkan dan merangsang pembangunan kesarjanaan dan keintelektualan negara melalui program berkaitan yang dijalankan dari semasa ke semasa
Membantu penggubalan dasar negara seperti menganalisis masalah, mengenal pasti risiko dan mengesyorkan pelbagai penyelesaian alternatif kepada kerajaan
Menjadi penghubung antara kalangan akademia negara dengan pihak kerajaan, industri dan komuniti”; dan
(b)
berkenaan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dengan menggantikan perkataan “Penggubalan dan pelaksanaan dasar negara mengenai tenaga”
dalam ruang
“Perkara”
dengan perkataan
“Memperkukuh sumber bekalan tenaga bagi menjamin bekalan tenaga elektrik yang berkualiti, andal dan berkesan kos”;
P.U. (A) 224 5
(c)
berkenaan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, dengan memotong perkataan “Pembentangan Laporan
Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau
Pinang” dalam ruang “Perkara”; dan
(d)
berkenaan dengan
Kementerian
Wilayah
Persekutuan, dengan memasukkan dalam ruang “Jabatan” dan “Perkara” selepas perkataan
“Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Putrajaya” dalam ruang “Jabatan”
perkataan yang berikut:
“Mahkamah
Anak
Negeri
Wilayah
Persekutuan
Labuan
Pentadbiran Mahkamah Anak Negeri di
Wilayah Persekutuan Labuan
Akta Hakmilik Anak Negeri Labuan 2007”.
Dibuat 6 Oktober 2015
[PM(BK)R. 11456/13 Jld. 56; PN(PU2)18/XXVII]
Dengan Titah Perintah
TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA
Setiausaha Jemaah Menteri
P.U. (A) 224 6
MINISTERIAL FUNCTIONS ACT 1969
MINISTERS OF THE FEDERAL GOVERNMENT (NO. 2) (AMENDMENT)
(NO. 2) ORDER 2015