Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (PINDAAN) (NO. 2) 2025
Seksyen 2
Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2023 [P.U. (A) 27/2023]
dipinda dalam Jadual—
(a)
berkenaan dengan Jabatan Perdana Menteri, dengan memotong butiran
“Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 [Akta 680]” dalam ruang
“Jabatan/Perkara”;
(b)
berkenaan dengan Kementerian Dalam Negeri—
(i)
dengan memasukkan selepas butiran “Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM)” dalam ruang “Jabatan/Perkara” butiran
“Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS)”; dan
P.U. (A) 146 3
(ii)
dengan memasukkan selepas butiran “Akta Suruhanjaya Bebas
Tatakelakuan
Polis 2022
[Akta 839]”
dalam ruang
“Jabatan/Perkara” butiran “Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan
Sempadan Malaysia 2024 [Akta 860]”; dan
(c)
berkenaan dengan Kementerian Digital, dengan memasukkan selepas butiran “Akta Tandatangan Digital 1997 [Akta 562]” dalam ruang
“Jabatan/Perkara” butiran “Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007
[Akta 680]”.
Dibuat 28 April 2025
[BKPP.R.700-2/1/1 JLD. 16; PN(PU2)18/JLD.41]
Dengan Titah Perintah
TAN SRI SHAMSUL AZRI BIN ABU BAKAR
Setiausaha Jemaah Menteri
P.U. (A) 146 4
MINISTERIAL FUNCTIONS ACT 1969
MINISTERS OF THE FEDERAL GOVERNMENT (AMENDMENT) (NO. 2) ORDER 2025