Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH NAFKAH (KEMUDAHAN BAGI PENGUATKUASAAN) (PELUASAN AKTA) 2004
Seksyen 2
Peluasan Akta
Yang di-Pertuan Agong, setelah berpuas hati di bawah seksyen 11 Akta bahawa peruntukan-peruntukan salingan telah dibuat oleh badan perundangan Hong Kong Special Administrative Region, Republik Rakyat China bagi menguatkuasakan di Hong Kong Special Administrative Region, Republik Rakyat China perintah nafkah yang dibuat oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia, memperluas Akta ini ke Hong Kong Special Administrative Region, Republik Rakyat China.