Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
P.U. (A) 126 4
Bagi maksud undang-undang sekuriti, suatu nota pelaburan Islam yang dilaksanakan atau ditawarkan, di atau melalui pasaran diiktiraf bukanlah—
(a)
syer dalam sesuatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, yang diklasifikasikan sebagai mematuhi Syariah oleh
Majlis Penasihat Syariah;
(b)
unit dalam suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip Syariah;
(c)
produk berstruktur Islam; atau
(d)
sukuk yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip Syariah.
Dibuat 11 Mei 2016
[KK/SID/P/(S)/483/669/4(SK. 8); PN(PU2)662/XI]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 126 5
CAPITAL MARKETS AND SERVICES ACT 2007
CAPITAL MARKETS AND SERVICES (PRESCRIPTION OF SECURITIES AND ISLAMIC
SECURITIES) (INVESTMENT NOTE AND ISLAMIC INVESTMENT NOTE) ORDER 2016