Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH PASPORT (PENGECUALIAN VISA KEPADA EKSPATRIAT WARGANEGARA INDIA) (NO. 2) 2019
Seksyen 2
Menteri mengecualikan ekspatriat yang merupakan warganegara India dan bekerja di luar India kecuali di Singapura daripada kehendak visa bawah subseksyen 2(1)
Akta tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
ekspatriat itu hendaklah berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik yang disediakan oleh Ketua Pengarah dan pendaftaran itu boleh dibuat—
(i)
oleh ekspatriat itu sendiri; atau
(ii)
bagi pihak ekspatriat itu, oleh agensi pelancongan di India yang berdaftar dengan Pejabat Perwakilan Malaysia di India;
(b)
ekspatriat itu hendaklah melakukan perjalanan ke Malaysia dalam tempoh tiga bulan selepas dia berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik;
P.U. (A) 368 3
(c)
tempoh lawatan ekspatriat itu terhad kepada lima belas hari sahaja dan tidak boleh dilanjutkan;
(d)
ekspatriat itu hendaklah memasuki Malaysia dan keluar dari Malaysia hanya melalui lapangan terbang yang dibenarkan sebagaimana yang diwartakan di bawah subseksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155]
atau melalui pos kawalan imigresen seperti yang berikut:
(i)
D11 Bangunan Sultan Iskandar, Johor;
(ii)
D12 Stesyen Keretapi Johor Bahru, Johor;
(iii)
D12A Pos Kawalan Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar,
Tanjung Kupang, Johor;
(iv)
D01 Padang Besar, Perlis;
(v)
D06 Bukit Kayu Itam, Changloon, Kedah;
(vi)
D20 Sungai Tujoh, Sarawak; atau
(vii)
D22A Pos Kawalan Imigresen Tedungan, Daerah Batu Danau
Limbang, Bahagian Kelima, Sarawak;
(e)
ekspatriat itu tidak dibenarkan memohon apa-apa pas lain di bawah
Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 [L.N. 228/1963];
(f)
ekspatriat itu hendaklah mempunyai tiket penerbangan perjalanan balik terus ke India atau tiket penerbangan perjalanan ke mana-mana negara jika dia melakukan perjalanan melalui udara;
P.U. (A) 368 4
(g)
ekspatriat itu hendaklah mengemukakan maklumat pekerjaan, dalam bidang perniagaan, profesional atau teknikal, dan pas jangka panjang dari mana-mana negara tempat dia bekerja;
(h)
ekspatriat itu hendaklah, semasa ketibaan, mengemukakan bukti bahawa dia mempunyai wang poket yang mencukupi, kad kredit atau kad bank, dan mengemukakan jadual perjalanannya di Malaysia; dan
(i)
ekspatriat itu dibenarkan untuk mendaftar semula sebagaimana dalam subperenggan (a) untuk memasuki Malaysia selepas tempoh empat puluh lima hari dari tarikh dia meninggalkan Malaysia.
Dibuat 23 Disember 2019
[KDN.IM.S.600-1/3/43; PN(PU2)482/III]
TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Perdana Menteri yang menjalankan fungsi-fungsi Menteri Dalam Negeri
P.U. (A) 368 5
PASSPORTS ACT 1966
PASSPORTS (EXEMPTION OF VISA TO EXPATRIATE WHO IS CITIZEN OF INDIA)
(NO. 2) ORDER 2019