Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PASPORT (PENGECUALIAN VISA KEPADA PELANCONG WARGANEGARA REPUBLIK RAKYAT CHINA) (NO. 2) 2019

Seksyen 2

Menteri mengecualikan pelancong yang merupakan warganegara

Republik Rakyat China daripada kehendak visa di bawah subseksyen 2(1) Akta tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

pelancong itu hendaklah berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik yang disediakan oleh Ketua Pengarah dan pendaftaran itu boleh dibuat—

(i)

oleh pelancong itu sendiri; atau

(ii)

bagi pihak pelancong itu, oleh agensi pelancongan di Republik

Rakyat China yang berdaftar dengan Pejabat Perwakilan Malaysia di Republik Rakyat China;

(b)

pelancong itu hendaklah melakukan perjalanan ke Malaysia dalam tempoh tiga bulan selepas dia berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik;

3

(c)

tempoh lawatan pelancong itu terhad kepada lima belas hari sahaja dan tidak boleh dilanjutkan;

(d)

pelancong itu hendaklah memasuki Malaysia dan keluar dari Malaysia hanya melalui lapangan terbang yang dibenarkan sebagaimana yang diwartakan di bawah subseksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63

[Akta 155] atau melalui pos kawalan imigresen seperti yang berikut:

(i)

D11 Bangunan Sultan Iskandar, Johor;

(ii)

D12 Stesyen Keretapi Johor Bahru, Johor;

(iii)

D12A Pos Kawalan Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar,

Tanjung Kupang, Johor;

(iv)

D01 Padang Besar, Perlis;

(v)

D06 Bukit Kayu Itam, Changloon, Kedah;

(vi)

D20 Sungai Tujoh, Sarawak; atau

(vii)

D22A Pos Kawalan Imigresen Tedungan, Daerah Batu Danau

Limbang, Bahagian Kelima, Sarawak;

(e)

pelancong itu tidak dibenarkan untuk memohon apa-apa pas lain di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 [L.N. 228/1963];

(f)

pelancong itu hendaklah mempunyai tiket penerbangan perjalanan balik terus ke Republik Rakyat China atau tiket penerbangan perjalanan ke mana-mana negara jika dia melakukan perjalanan melalui udara;

4

(g)

pelancong itu hendaklah, semasa ketibaan, mengemukakan bukti bahawa dia mempunyai wang poket yang mencukupi, kad kredit atau kad bank dengan logo UnionPay, Alipay atau eWallet, dan mengemukakan jadual perjalanannya di Malaysia; dan

(h)

pelancong itu dibenarkan untuk mendaftar semula sebagaimana dalam subperenggan

(a)

untuk memasuki

Malaysia selepas tempoh empat puluh lima hari dari tarikh dia meninggalkan Malaysia.

Dibuat 23 Disember 2019

[KDN.IM.S.600-1/3/43; PN(PU2)482/III]

TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Perdana Menteri yang menjalankan fungsi-fungsi Menteri Dalam Negeri

5

PASSPORTS ACT 1966

PASSPORTS (EXEMPTION OF VISA TO TOURIST WHO IS CITIZEN

OF THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA) (NO. 2) ORDER 2019

Section 2 — PERINTAH PASPORT (PENGECUALIAN VISA KEPADA PELANCONG WARGANEGARA REPUBLIK RAKYAT CHINA) (NO. 2) 2019