Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PASPORT (PENGECUALIAN VISA KEPADA PEMEGANG PASPORT BAGI KEGUNAAN RASMI REPUBLIK RAKYAT CHINA) 2017

Seksyen 2

Menteri mengecualikan pemegang Pasport Bagi Kegunaan Rasmi Republik

Rakyat China daripada kehendak visa di bawah subseksyen 2(1) Akta tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

pemegang Pasport itu hendaklah berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik yang disediakan oleh Ketua Pengarah dan pendaftaran itu boleh dibuat—

(i)

oleh pemegang Pasport itu sendiri; atau

(ii)

bagi pihak pemegang Pasport itu, oleh agensi pelancongan di Republik Rakyat China yang berdaftar dengan Pejabat

Perwakilan Malaysia di Republik Rakyat China;

(b)

pemegang Pasport itu hendaklah melakukan perjalanan ke Malaysia dalam tempoh tiga bulan selepas dia berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik;

3

(c)

tempoh lawatan pemegang Pasport itu terhad kepada lima belas hari sahaja dan tidak boleh dilanjutkan;

(d)

pemegang Pasport itu hendaklah memasuki dan keluar dari Malaysia hanya melalui lapangan terbang yang dibenarkan atau pas kawalan imigresen seperti yang berikut:

(i)

melalui udara—

(A)

U12A Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang;

(B)

U05 Lapangan Terbang Pulau Pinang, Bayan Lepas,

Pulau Pinang;

U15 Lapangan Terbang Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor;

(D)

U17 Lapangan Terbang Kuching, Bahagian Pertama,

Sarawak;

(E)

U29 Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah;

U02 Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi,

Kedah;

(G)

U14 Lapangan Terbang Melaka, Batu Berendam, Melaka;

(H)

U16 Lapangan Terbang Labuan, Wilayah Persekutuan; atau

(I)

U23 Lapangan Terbang Miri, Bahagian Keempat, Sarawak; atau 4

(ii)

melalui darat—

(A)

D11 Bangunan Sultan Iskandar, Johor;

(B)

D12A Pos Kawalan Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar,

Tanjung Kupang, Johor;

(C)

D01 Padang Besar, Perlis;

(D)

D06 Bukit Kayu Itam, Changloon, Kedah;

(E)

D20 Sungai Tujoh, Miri, Sarawak; atau

(F)

D22A Pos Kawalan Imigresen Tedungan, Daerah Batu Danau

Limbang, Bahagian Kelima, Sarawak;

(e)

pemegang Pasport itu tidak dibenarkan untuk memohon apa-apa pas lain di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 [L.N. 228/1963];

(f)

pemegang Pasport itu hendaklah menaiki penerbangan terus dari

Republik Rakyat China ke Malaysia atau memasuki Malaysia melalui

Singapura, Thailand atau Brunei, dan mempunyai tiket penerbangan balik terus ke Republik Rakyat China, atau melalui Singapura, Thailand atau

Brunei jika pemegang Pasport itu melakukan perjalanan melalui udara;

(g)

pemegang Pasport itu hendaklah, semasa ketibaan, mengemukakan bukti bahawa dia mempunyai wang poket yang mencukupi, kad kredit atau kad bank dengan logo UnionPay dan mengemukakan jadual perjalanannya di Malaysia; dan 5

(h)

pemegang Pasport itu dibenarkan untuk mendaftar semula sebagaimana dalam subperenggan (a) untuk memasuki Malaysia selepas tempoh tiga bulan dari tarikh dia meninggalkan Malaysia.

Dibuat 26 Disember 2017

[KDN.IM.S.600-1/3/30 JLD 3; PN(PU2)482/II]

DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI

Menteri Dalam Negeri

6

PASSPORTS ACT 1966

PASSPORTS (EXEMPTION OF VISA TO HOLDER OF PASSPORT FOR PUBLIC AFFAIRS

OF THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA) ORDER 2017

Section 2 — PERINTAH PASPORT (PENGECUALIAN VISA KEPADA PEMEGANG PASPORT BAGI KEGUNAAN RASMI REPUBLIK RAKYAT CHINA) 2017