Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH PASPORT (PENGECUALIAN VISA KEPADA WARGANEGARA KERAJAAN ARAB SAUDI) 2018
Seksyen 2
Menteri mengecualikan warganegara Kerajaan Arab Saudi daripada kehendak visa di bawah subseksyen 2(1) Akta tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
warganegara Kerajaan Arab Saudi itu hendaklah memiliki pasport diplomatik, pasport rasmi, pasport biasa atau pasport kecemasan yang sah;
(b)
dalam hal Pas Lawatan Sosial, warganegara Kerajaan Arab Saudi itu hendaklah dikeluarkan Pas Lawatan Sosial yang sah bagi tempoh sembilan puluh hari bagi setiap kemasukan dan dia boleh memohon untuk melanjutkan tempoh itu selama enam puluh hari sahaja;
(c)
dalam hal Pas Khas, warganegara Kerajaan Arab Saudi itu hendaklah dikeluarkan Pas Khas yang sah bagi tempoh tiga puluh hari bagi setiap kemasukan dan tempoh itu tidak boleh dilanjutkan;
(d)
warganegara Kerajaan Arab Saudi itu hendaklah memasuki dan keluar dari Malaysia hanya melalui pos kawalan imigresen, tempat mendarat yang dibenarkan, lapangan terbang yang dibenarkan atau pintu masuk
3
yang dibenarkan, sebagaimana yang diwartakan di bawah subseksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155]; dan
(e)
apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah
Imigresen.
Dibuat 4 September 2018
[KDN.IM.S.100-1/3/30 JLD 7; PN(PU2)482/II]
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Menteri Dalam Negeri
4
PASSPORTS ACT 1966
PASSPORTS (EXEMPTION OF VISA TO CITIZEN OF THE KINGDOM OF SAUDI ARABIA)
ORDER 2018