Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH PASPORT (PENGECUALIAN VISA KEPADA WARGANEGARA REPUBLIK ISLAM PAKISTAN) 2019
Seksyen 2
Menteri mengecualikan warganegara Republik Islam Pakistan daripada kehendak visa di bawah subseksyen 2(1) Akta tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
warganegara Republik Islam Pakistan itu hendaklah memiliki pasport diplomatik atau pasport rasmi yang sah;
(b)
warganegara Republik Islam Pakistan itu hendaklah dikeluarkan
Pas Lawatan Sosial yang sah bagi tempoh tiga puluh hari bagi setiap kemasukan;
(c)
warganegara Republik Islam Pakistan itu tidak dibenarkan untuk memohon apa-apa pas lain di bawah
Peraturan-Peraturan
Imigresen 1963 [L.N. 228/1963]; dan 3
(d)
warga Republik Islam Pakistan itu hendaklah memasuki dan keluar dari
Malaysia hanya melalui pos kawalan imigresen, tempat mendarat yang dibenarkan, lapangan terbang yang dibenarkan atau pintu masuk yang dibenarkan sebagaimana yang diwartakan di bawah subseksyen 5(1)
Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155].
Dibuat 8 Mac 2019
[KDN.PUU/6/24(14); PN(PU2)482/III]
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI YASSIN
Menteri Dalam Negeri
P.U. (A) 106 4
PASSPORTS ACT 1966
PASSPORTS (EXEMPTION OF VISA TO CITIZEN OF THE ISLAMIC
REPUBLIC OF PAKISTAN) ORDER 2019