JADUAL
(Perenggan 2)
PROTOKOL MEMINDA PERJANJIAN ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DENGAN
KERAJAAN REPUBLIK INDONESIA BAGI MENGELAKKAN CUKAI DUA KALI DAN
MENCEGAH PELARIAN FISKAL BERKENAAN DENGAN CUKAI-CUKAI ATAS
PENDAPATAN YANG DITANDATANGANI DI KUALA LUMPUR PADA 12 SEPTEMBER
1991, SEBAGAIMANA YANG DIPINDA MELALUI PROTOKOL YANG
DITANDATANGANI DI BUKIT TINGGI PADA 12 JANUARI 2006
KERAJAAN MALAYSIA
DAN
KERAJAAN REPUBLIK INDONESIA
BERHASRAT untuk meminda selanjutnya Perjanjian antara kedua-dua Kerajaan bagi mengelakkan cukai dua kali dan mencegah pelarian fiskal berkenaan dengan cukai-cukai atas pendapatan, yang ditandatangani di Kuala Lumpur pada 12 September 1991, sebagaimana yang dipinda melalui Protokol yang ditandatangani di Bukit Tinggi pada 12 Januari 2006 (kemudian daripada ini disebut “Perjanjian”),
TELAH BERSETUJU seperti yang berikut:
Perkara 1
Perkara 25 Perjanjian hendaklah dipinda dan digantikan dengan Perkara yang berikut:
“Perkara 25
PERTUKARAN MAKLUMAT
1.
Pihak berkuasa yang kompeten Negara Pejanji hendaklah bertukar-tukar apa-apa maklumat yang dijangkakan berkaitan bagi menjalankan peruntukan Perjanjian ini atau dengan pentadbiran atau penguatkuasaan undang-undang domestik berkenaan dengan semua jenis dan perihalan cukai yang dikenakan bagi pihak Negara Pejanji, atau subbahagian politik atau pihak berkuasa tempatannya, setakat yang pencukaian di
P.U. (A) 217 4
bawahnya tidak bertentangan dengan Perjanjian. Pertukaran maklumat ini tidak disekat oleh Perkara 1 dan 2.
2.
Apa-apa maklumat yang diterima oleh suatu Negara Pejanji di bawah perenggan 1 hendaklah dianggap sebagai rahsia mengikut cara yang sama sebagaimana maklumat yang didapati di bawah undang-undang domestik Negara itu dan hendaklah didedahkan hanya kepada orang atau pihak berkuasa (termasuklah mahkamah dan badan pentadbiran)
yang terlibat dengan penaksiran atau pemungutan, penguatkuasaan atau pendakwaan berkenaan dengan, pemutusan rayuan berhubung dengan cukai yang disebut dalam perenggan 1, atau pengawasan tentang di atas. Orang atau pihak berkuasa itu hendaklah menggunakan maklumat itu hanya bagi maksud sedemikian. Mereka boleh menzahirkan maklumat itu dalam prosiding mahkamah awam atau dalam keputusan kehakiman.
3.
Peruntukan perenggan 1 dan 2 tidak sekali-kali dalam apa jua hal boleh ditafsirkan sebagai mengenakan obligasi ke atas suatu Negara Pejanji:
(a)
untuk menjalankan langkah pentadbiran yang bercanggah dengan undang-undang dan amalan pentadbiran Negara Pejanji itu atau Negara
Pejanji yang satu lagi;
(b)
untuk membekalkan maklumat yang tidak boleh didapati di bawah undang-undang atau mengikut perjalanan biasa pentadbiran Negara
Pejanji itu atau Negara Pejanji yang satu lagi;
(c)
untuk membekalkan maklumat yang akan menzahirkan apa-apa rahsia perdagangan, perniagaan, perindustrian, komersial atau profesional atau proses perdagangan, atau maklumat, yang penzahirannya akan bertentangan dengan dasar awam (ordre public).
4.
Jika maklumat yang diminta oleh suatu Negara Pejanji mengikut Perkara ini,
Negara Pejanji yang satu lagi hendaklah menggunakan langkah-langkah pengumpulan maklumatnya untuk mendapatkan maklumat yang diminta, walaupun Negara yang satu
P.U. (A) 217 5
lagi itu tidak memerlukan maklumat itu bagi maksud pencukaiannya sendiri. Obligasi yang terkandung dalam ayat yang terdahulu adalah tertakluk kepada pengehadan dalam perenggan 3 tetapi pengehadan itu tidak sekali-kali dalam apa jua hal boleh ditafsirkan sebagai membenarkan suatu Negara Pejanji untuk enggan membekalkan maklumat hanya kerana ia tiada kepentingan domestik mengenai maklumat itu.
5.
Peruntukan perenggan 3 tidak sekali-kali dalam apa jua hal boleh ditafsirkan sebagai membenarkan suatu Negara Pejanji untuk enggan membekalkan maklumat hanya kerana maklumat itu dipegang oleh bank, institusi kewangan yang lain, penama atau seseorang yang bertindak atas sifat agensi atau fidusiari atau kerana ia berkaitan dengan kepentingan pemunyaan seseorang.”
Perkara 2 1.
Setiap Negara Pejanji hendaklah memaklumkan Negara yang satu lagi melalui saluran diplomatik tentang penyempurnaan tatacara yang dikehendaki oleh undang-undangnya bagi menguatkuasakan Protokol ini yang hendaklah menjadi suatu bahagian penting Perjanjian. Protokol ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang terkemudian daripada pemberitahuan ini.
2.
Protokol ini hendaklah terhenti daripada berkuat kuasa apabila tiba waktu bilamana Perjanjian terhenti berkuat kuasa mengikut Perkara 28 Perjanjian.
PADA MENYAKSIKAN HAL YANG TERSEBUT DI ATAS, yang bertandatangan di bawah ini, yang telah diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Kerajaan mereka masing-masing, telah menandatangani Protokol ini.
DIBUAT dalam dua salinan di Lombok, Indonesia pada 20 hari bulan Oktober 2011, dalam bahasa Melayu, Indonesia dan Inggeris, kesemua teks sama sahnya. Sekiranya terdapat apa-apa perbezaan dalam pentafsiran dan pemakaian Protokol ini, teks bahasa
Inggeris hendaklah mengatasi.
P.U. (A) 217 6
BAGI PIHAK KERAJAAN
MALAYSIA
BAGI PIHAK KERAJAAN
Dibuat 3 Julai 2012
[Perb: 0.6869/34 Jld.5 (SK.1); PN(PU2)80A/XVI]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat menurut subseksyen 132(6) Akta Cukai
Pendapatan 1967 dan subseksyen 65A(5) Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967]
P.U. (A) 217 7
INCOME TAX ACT 1967AND PETROLEUM (INCOME TAX) ACT 1967
DOUBLE TAXATION RELIEF (THE GOVERNMENT OF THE REPUBLIC OF INDONESIA)
(AMENDMENT) ORDER 2012
IN exercise of the powers conferred by subsection 132(1) of the Income Tax Act 1967
[Act 53] and subsection 65A(1) of the Petroleum (Income Tax) Act 1967 [Act 543], the
Minister makes the following order:
Citation 1.
This order may be cited as the Double Taxation Relief (The Government of the Republic of Indonesia)(Amendment) Order 2012.
Amendment to the Double Taxation Relief (The Government of the Republic of
Indonesia) Order 1992 2.
The Double Taxation Relief (The Government of the Republic Indonesia) Order 1992 [P.U. (A) 31/1992] is amended as specified in the Schedule in accordance with the
Protocol Amending the Agreement between the Government of Malaysia and the
Government of the Republic of Indonesia for the Avoidance of Double Taxation and the
Prevention of Fiscal Evasion with respect to Taxes on Income.
Double taxation relief 3.
It is declared that the arrangements specified in the Schedule have been made by the Government of Malaysia with the Government of the Republic of Indonesia with a view of amending the previous arrangements affording relief from double taxation in relation to Malaysian tax and Indonesian tax (as defined in each case in the arrangements) and that it is expedient that those arrangements shall have effect.
P.U. (A) 217 8