Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN JADUAL KEDUA) (NO.3) 2007

Seksyen 2

Pindaan Jadual Kedua

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dipinda dalam Jadual Kedua—

(a)

dengan memotong ruang pertama di bawah ruang "Kesalahan";

(b)

dengan memasukkan selepas kepala "Akta Penculikan 1961 [Akta 365]" dan butiran yang berhubungan dengannya kepala dan butiran yang berikut:

KesalahanPerihalanAkta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia(Perbadanan)1973[Akta105]Seksyen13Menjalankan perniagaan kayu tanpa pendaftaran

(c)

dengan menggantikan butiran di bawah kepala "Akta Pengurupan Wang 1998 [Akta 577]" dengan butiran yang berikut:

Seksyen 4Menjalankan perniagaan pengurupan wang tanpa lesen

(d)

dengan memasukkan selepas kepala "Akta Pengurupan Wang 1998 [Akta 577]" dan butiran yang berhubungan dengannya kepala dan butiran yang berikut:

KesalahanPerihalanAkta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400]Seksyen 5Menjalankan perniagaan sebagai pemberi peminjam wang tanpa lesen

(e)

dengan memasukkan selepas kepala "Akta Cakera Optik 2000 [Akta 606]" dan butiran yang berhubungan dengannya kepala dan butiran yang berikut:

KesalahanPerihalanAkta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81]Seksyen 7Menjalankan perniagaan sebagai pemegang pajak gadai tanpa lesen

(f)

dengan memasukkan selepas kepala "Akta Takaful 1984 [Akta 312]" dan butiran yang berhubungan dengannya kepala dan butiran yang berikut:

KesalahanPerihalanAkta Perihal Dagangan 1972 [Akta 87]Seksyen 3Memberikan perihal dagangan palsu

Dibuat 5 November 2007 [BNM/JUN; PN(PU $ ^{2} $ )622/IV]

TAN SRI NOR MD BIN YAKCOP

Menteri Kewangan Kedua

ANTI-MONEY LAUNDERING AND ANTI-TERRORISM FINANCING ACT 2001

ANTI-MONEY LAUNDERING AND ANTI-TERRORISM FINANCING (AMENDMENT OF SECOND SCHEDULE) (No.3) ORDER 2007

Section 2 — PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN JADUAL KEDUA) (NO.3) 2007