Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN JADUAL PERTAMA) 2010

Seksyen 2

Pindaan Jadual Pertama

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dipinda dalam Jadual Pertama dalam Bahagian I dengan memasukkan selepas perenggan 32 perenggan yang berikut:

"33. Aktiviti seseorang yang telah mendapat kebenaran di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 [Akta 17] untuk menjalankan perniagaan—

(a)

membeli dan menjual mata wang asing dengan seorang peniaga yang diberi kuasa di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953, seorang pengurup wang yang dilesenkan di bawah Akta Pengurupan Wang 1998 [Akta 577] atau mana-mana orang di luar Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

mengimport mata wang kertas asing daripada, dan mengeksport mata wang kertas asing kepada, mana-mana orang di luar Malaysia atau mana-mana institusi kewangan berlesen di luar Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan.".

Dibuat 19 November 2010 [BNM. JUN. 1125/36/03; PN(PU $ ^{2} $ )622/VII]

DATO' SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

ANTI-MONEY LAUNDERING AND ANTI-TERRORISM FINANCING ACT 2001

ANTI-MONEY LAUNDERING AND ANTI-TERRORISM FINANCING (AMENDMENT OF FIRST SCHEDULE) ORDER 2010

Section 2 — PERINTAH PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN (PINDAAN JADUAL PERTAMA) 2010