Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Datuk Bandar boleh mengalihkan mana-mana kenderaan motor yang diletakkan dalam tempat letak kereta bagi kenderaan orang kurang upaya yang melanggar mana-mana peruntukan Perintah ini.
(2)
Mana-mana kenderaan motor yang dialihkan oleh Datuk Bandar di bawah
Perintah ini boleh ditahan di mana-mana tempat yang sesuai dan ditinggalkan di situ atas risiko pemunya kenderaan motor itu.
4
(3)
Mana-mana kenderaan motor yang dialihkan menurut subperenggan (1)
hendaklah ditahan sehingga fi pengalihan dan penahanan sebagaimana yang ditetapkan di bawah mana-mana kaedah bagi pengalihan dan penahanan yang dibuat di bawah
Akta dibayar.
(4)
Walau apa pun peruntukan subperenggan (3), mana-mana kenderaan motor yang ditahan menurut subperenggan (2) adalah tertakluk kepada peruntukan subseksyen 64(4) dan (5) Akta.
(5)
Datuk Bandar tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerosakan kepada kenderaan motor atau kehilangan barang-barang di dalamnya dan tidak bertanggungan untuk membayar ganti rugi kepada pemunya kenderaan motor semasa kenderaan motor itu atau barang-barangnya dialihkan dan semasa kenderaan motor itu atau barang-barangnya berada dalam jagaan Datuk Bandar.
Pengecualian