Malaysia legislation
Section 2
of PERINTAH PENGGALAKAN PELABURAN (KRITERIA BAGI PEMBERIAN TARAF PERINTIS KEPADA SYARIKAT KECIL) 2013
Seksyen 2
(1)
Kriteria bagi pemberian taraf perintis kepada syarikat kecil adalah seperti yang berikut:
(a)
berhubung dengan pemilikan ekuiti:
(i)
syarikat kecil yang mempunyai wang pemegang syer tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan sekurang-kurangnya enam puluh peratus pemilikan ekuiti oleh Warganegara
Malaysia; atau
(ii)
syarikat kecil yang mempunyai wang pemegang syer melebihi lima ratus ribu ringgit dan tidak melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit dengan satu ratus peratus pemilikan ekuiti oleh Warganegara Malaysia;
3
(b)
bagi syarikat kecil yang mempunyai wang pemegang syer tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan terlibat dalam aktiviti yang digalakkan atau mengeluarkan suatu keluaran digalakkan yang disebut dalam
Perintah
Penggalakan
Pelaburan
(Aktiviti
Digalakkan dan Keluaran Digalakkan bagi Syarikat Kecil-kecilan) 2012 [P.U. (A) 63/2012] dan Perintah Penggalakan
Pelaburan (Aktiviti Digalakkan dan Keluaran Digalakkan) 2012
[P.U. (A) 62/2012]—
(i)
syarikat tersebut hendaklah mencapai sekurang -
kurangnya dua puluh lima peratus nilai ditambah dalam aktiviti atau keluarannya;
(ii)
syarikat tersebut hendaklah menggaji sekurang-kurangnya dua puluh peratus daripada pekerja di peringkat kakitangan pengurusan, teknikal dan penyeliaan; dan
(iii)
sama ada—
dua puluh peratus dan ke atas modal berbayar berkenaan dengan saham biasa syarikat ini tidak boleh dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat berkaitan yang mempunyai wang pemegang syer melebihi lima ratus ribu ringgit;
dua puluh peratus dan ke atas modal berbayar berkenaan dengan saham biasa syarikat berkaitan tidak boleh dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat yang pertama disebut yang mempunyai wang pemegang syer melebihi lima ratus ribu ringgit; atau 4
dua puluh peratus dan ke atas modal berbayar berkenaan dengan saham biasa syarikat yang pertama disebut dan syarikat berkaitan secara langsung atau tidak langsung tidak boleh dimiliki oleh syarikat lain yang mempunyai wang pemegang syer melebihi lima ratus ribu ringgit.;
(c)
bagi syarikat kecil yang mempunyai wang pemegang syer melebihi lima ratus ribu ringgit dan tidak melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit dan terlibat dalam aktiviti yang digalakkan atau mengeluarkan suatu keluaran digalakkan yang disebut dalam
Perintah
Penggalakan
Pelaburan
(Aktiviti
Digalakkan dan
Keluaran
Digalakkan bagi
Syarikat
Kecil-kecilan)
2012
[P.U. (A) 63/2012]—
(i)
syarikat tersebut hendaklah mencapai sekurang-kurangnya dua puluh lima peratus nilai ditambah dalam aktiviti atau keluarannya;
(ii)
syarikat tersebut hendaklah menggaji sekurang-kurangnya dua puluh peratus daripada pekerja di peringkat kakitangan pengurusan, teknikal dan penyeliaan; dan
(iii)
sama ada—
dua puluh peratus dan ke atas modal berbayar berkenaan dengan saham biasa syarikat ini tidak boleh dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat berkaitan yang mempunyai wang
5
pemegang syer melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit;
dua puluh peratus dan ke atas modal berbayar berkenaan dengan saham biasa syarikat berkaitan tidak boleh dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat yang pertama disebut yang mempunyai wang pemegang syer melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit; atau dua puluh peratus dan ke atas modal berbayar berkenaan dengan saham biasa syarikat yang pertama disebut dan syarikat berkaitan secara langsung atau tidak langsung tidak boleh dimiliki oleh syarikat lain yang mempunyai wang pemegang syer melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit; dan
(d)
bagi syarikat kecil yang mempunyai wang pemegang syer melebihi lima ratus ribu ringgit dan tidak melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit dan terlibat dalam aktiviti yang digalakkan atau mengeluarkan suatu keluaran digalakkan yang disebut dalam
Perintah
Penggalakan
Pelaburan
(Aktiviti
Digalakkan dan
Keluaran Digalakkan) [P.U. (A) 62/2012]—
(i)
kadar semasa indeks nilai ditambah yang ditentukan oleh
Menteri dengan persetujuan bertulis Menteri Kewangan adalah terpakai;
(ii)
kadar semasa bagi indeks Kakitangan Pengurusan, Teknikal dan Penyeliaan yang ditentukan oleh Menteri dengan
6
persetujuan bertulis Menteri Kewangan adalah terpakai;
dan
(iii)
sama ada—
dua puluh peratus dan ke atas modal berbayar berkenaan dengan saham biasa syarikat ini tidak boleh dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat berkaitan yang mempunyai wang pemegang syer melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit;
dua puluh peratus dan ke atas modal berbayar berkenaan dengan saham biasa syarikat berkaitan tidak boleh dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat yang pertama disebut yang mempunyai wang pemegang syer melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit; atau dua puluh peratus dan ke atas modal berbayar berkenaan dengan saham biasa syarikat yang pertama disebut dan syarikat berkaitan secara langsung atau tidak langsung tidak boleh dimiliki oleh syarikat lain yang mempunyai wang pemegang syer melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit.
(2)
Dalam Perintah ini, “nilai ditambah” ertinya jumlah jualan kasar ditolak kos bahan mentah.
7
Pembatalan