Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Premium tahunan yang kena dibayar oleh anggota penerima pindahan di bawah perenggan 49A(1)(a) Akta hendaklah dikira berdasarkan asas seperti yang berikut:
(a)
jika suatu pihak pemindah merupakan anggota penerima deposit, berdasarkan asas jumlah deposit diinsuranskan yang dipegang oleh anggota penerima pindahan itu pada 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya dan jumlah deposit diinsuranskan yang dipegang oleh pihak pemindah itu pada 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya;
4
(b)
jika suatu pihak pemindah merupakan anggota penerima deposit yang diluluskan di bawah perenggan 15(1)(a) Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam dan perniagaan perbankan Islam pihak pemindah itu dipindahkan kepada anggota penerima pindahan, berdasarkan asas jumlah deposit diinsuranskan yang dipegang oleh anggota penerima pindahan itu pada 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya dan jumlah deposit diinsuranskan yang dipegang oleh pihak pemindah itu yang berhubungan dengan perniagaan perbankan
Islam pihak pemindah itu pada 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya; dan
(c)
jika suatu pihak pemindah merupakan bukan anggota penerima deposit, berdasarkan asas jumlah deposit diinsuranskan yang dipegang oleh anggota penerima pindahan itu pada 31 Disember tahun taksiran yang sebelumnya dan jumlah deposit diinsuranskan yang berhubungan dengan perniagaan yang dipindah daripada pihak pemindah itu kepada anggota penerima pindahan itu pada tarikh pemindahan.
(3)
Premium tahunan tambahan yang kena dibayar oleh anggota penerima pindahan di bawah perenggan 49A(2)(a) Akta hendaklah, berkenaan dengan suatu pihak pemindah yang merupakan bukan anggota penerima deposit, dikira berdasarkan asas jumlah deposit diinsuranskan yang berhubungan dengan perniagaan yang dipindah daripada pihak pemindah kepada anggota penerima pindahan itu pada tarikh pemindahan.
Dibuat 19 Julai 2023
[PIDM/PN/4/2023; PN(PU2)689/JLD.8]
ANWAR BIN IBRAHIM
Menteri Kewangan
5
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION ACT 2011
MALAYSIA DEPOSIT INSURANCE CORPORATION (BASIS FOR CALCULATION OF
FIRST PREMIUM AND ANNUAL PREMIUM IN RESPECT OF DEPOSIT-TAKING
MEMBERS) ORDER 2023