Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Kadar premium tahunan bagi perniagaan takaful perpaduan keluarga
(1)
Tertakluk kepada perenggan 11, bagi suatu anggota penanggung insurans yang menjalankan perniagaan takaful perpaduan keluarga—
(a)
kadar premium tahunan bagi tahun taksiran keduanya ialah kadar premium yang ditentukan dalam Jadual Pertama bagi kategori premium 1, dikira berdasarkan penilaian aktuari liabiliti takaful perpaduan keluarga berkenaan dengan manfaat dilindungi yang berkaitan pada 31 Disember tahun taksiran pertamanya, dikira mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Perbadanan; dan
(b)
kadar premium tahunan bagi tahun-tahun taksiran selepas tahun taksiran keduanya ialah kadar premium yang ditentukan dalam