Malaysia legislation

Section 2

of PERINTAH PERDAGANGAN STRATEGIK (PENGGUNA AKHIR TERHAD DAN PENGGUNA AKHIR TERLARANG) (PINDAAN) (NO. 2) 2014

Seksyen 2

Perintah Perdagangan Strategik (Pengguna Akhir Terhad dan Pengguna Akhir

Terlarang) 2010 [P.U. (A) 484/2010] dipinda dalam Bahagian 2 Jadual Kedua berhubung dengan Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) dengan memasukkan selepas perenggan 19 perenggan yang berikut:

“20. Ocean Maritime Management Company, Limited (OMM) (Ocean Maritime

Management Company, Limited ialah pengendali/pengurus kapal Chong Chon

Gang. Ocean Maritime Management Company, Limited telah memainkan peranan penting dalam mengaturkan penghantaran kargo senjata dan materiel yang berkaitan yang disembunyikan dari Cuba ke DPRK pada Julai 2013. Oleh yang demikian, Ocean Maritime Management Company, Limited telah menyumbang kepada aktiviti yang dilarang oleh resolusi, iaitu embargo senjata yang dikenakan oleh resolusi 1718 (2006), sebagaimana yang diubah suai oleh resolusi 1874 (2009), dan menyumbang kepada pengelakan langkah-langkah yang dikenakan oleh resolusi ini. Lokasi: Donghung Dong, Central District,

PO Box 120, Pyongyang, DPRK; Dongheung-dong Changgwang Street, Chung-Ku,

PO Box 125, Pyongyang, DPRK. Maklumat Lain: Organisasi Maritim

Antarabangsa (IMO) Nombor: 1790183)”.

3

Dibuat 18 November 2014

[MITI/STS/(S)/536; PN(PU2)682/V]

DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

4

STRATEGIC TRADE ACT 2010

STRATEGIC TRADE (RESTRICTED END-USERS AND PROHIBITED

END-USERS) (AMENDMENT) (NO. 2) ORDER 2014

Section 2 — PERINTAH PERDAGANGAN STRATEGIK (PENGGUNA AKHIR TERHAD DAN PENGGUNA AKHIR TERLARANG) (PINDAAN) (NO. 2) 2014