Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Barang-barang diperbuat daripada mana-mana bahagian babi atau anjing
(1)
Mana-mana orang yang, dalam perjalanan apa-apa perdagangan atau perniagaan, mempamerkan apa-apa barang-barang atau bahagian barang-barang yang diperbuat daripada mana-mana bahagian babi atau anjing, sama ada untuk jualan atau sebagai sampel barang-barang jualan, hendaklah—
P.U. (A) 382 3
(a)
mempamerkan barang-barang atau bahagian barang-barang itu di tempat yang berasingan daripada barang-barang lain di dalam premis; dan
(b)
melabelkan, meletakkan teg atau menandakan barang-barang atau bahagian barang-barang itu dengan menggunakan ungkapan
“Diperbuat Daripada Babi” atau “Diperbuat Daripada Anjing”, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau apa-apa ungkapan lain yang memberi kesan sedemikian.
(2)
Apa-apa label, teg atau tanda yang disebut dalam subsubperenggan (1)(b)
hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dilihat berdekatan dengan barang-barang atau bahagian barang-barang yang diperbuat daripada mana-mana bahagian babi atau anjing supaya dapat dikenal pasti dengan secukupnya oleh mana-mana orang yang berniat untuk membeli barang-barang atau bahagian barang-barang itu bahawa barang-barang atau bahagian barang-barang itu diperbuat daripada mana-mana bahagian babi atau anjing.
(3)
Ungkapan yang disebut dalam subsubperenggan (1)(b) hendaklah—
(a)
dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa kebangsaan yang diikuti dengan terjemahan ungkapan itu dalam mana-mana bahasa lain; dan
(b)
ditulis tangan atau dicetak dengan ketinggian penghurufan yang tidak kurang daripada 10 mm.
Dibuat 27 Disember 2013
[KPDNKK(PGK)100-15/1/15; PN(PU2)120/VII]
DATO’ SRI HASAN BIN MALEK
Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan
P.U. (A) 382 4
TRADE DESCRIPTIONS ACT 2011
TRADE DESCRIPTIONS (GOODS MADE FROM ANY PART OF PIG OR DOG) ORDER 2013