Malaysia legislation
Section 3
of PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PENANDAAN BARANG-BARANG TERSEDIA BUNGKUS) 2023
Seksyen 3
Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“barang-barang tersedia bungkus” ertinya barang-barang tersedia bungkus dalam apa jua bentuk yang diisytiharkan oleh pemborong, pengilang, pengimport, atau pengeluar dalam ukuran yang berikut:
(a)
luas;
(b)
bilangan;
P.U. (A) 197 3
(c)
panjang;
(d)
berat; dan
(e)
isi padu.
“berat” ertinya berat barang-barang tersedia bungkus dalam apa jua bentuk daripada lima gram hingga lima puluh kilogram dan lima mililiter hingga lima puluh liter;
“berat bersih” merujuk berat keseluruhan barang-barang pepejal dan medium cecair dalam bungkusan;
“berat tos" merujuk kepada berat barang-barang pepejal yang terdapat dalam medium cecair yang terkandung dalam bungkusan;
“bilangan” merujuk kepada apa-apa barang tersedia bungkus yang mencatatkan jumlah barang-barang yang ditentukan melalui kiraan sebenar;
“bungkusan" ertinya apa-apa barang yang terdapat dalam beg, bekas, pembalut atau dibungkus dalam apa-apa cara, dan yang kuantitinya telah ditentukan dan ditandakan oleh pemborong, pengilang, pengimport, atau pengeluar sebelum ditawarkan untuk perdagangan termasuk kandungan kuantiti barang itu tidak boleh diubah tanpa membuka bungkusan itu atau melakukan pengubahsuaian yang jelas;
"had selisih yang dibenarkan" ertinya kekurangan pada kuantiti barang-barang yang dibenarkan dalam sesuatu bungkusan;
“isi padu” ertinya isi padu barang-barang tersedia bungkus dalam apa jua bentuk daripada lima gram hingga lima puluh kilogram dan daripada lima mililiter hingga lima puluh liter;
P.U. (A) 197 4
"ketidakpatuhan bungkusan" ertinya barang tersedia bungkus yang mempunyai ralat negatif yang lebih besar daripada had selisih yang dibenarkan;
"kuantiti nominal" ertinya kuantiti yang diisytiharkan oleh pengilang, pengimport, pengeluar atau pemborong bagi barang-barang tersedia bungkus tidak termasuk bungkusan dan apa-apa jua bahan lain yang dibungkus bersama dengan barang itu;
“kuantiti sebenar” ertinya kuantiti bersih bagi barang-barang tersedia bungkus selepas pemeriksaan dibuat oleh Penolong Pengawal menurut Perintah ini ke atas barang-barang tersedia bungkus yang telah ditandakan mengikut Perintah ini;
“luas” merujuk kepada apa-apa barang tersedia bungkus yang menyatakan keluasan bagi nilai dua dimensi;
“panjang”
merujuk kepada apa-apa barang tersedia bungkus yang mengisytiharkan ukuran dari suatu hujung ke suatu hujung berhubung dengan barang-barang dalam bungkusan;
“pemborong” ertinya mana-mana orang yang terlibat dalam apa-apa perniagaan borong dan membungkus semula apa-apa barang-barang tersedia bungkus dan mengedarkan barang-barang tersedia bungkus itu untuk tujuan perdagangan;
"pengeluar" ertinya mana-mana orang yang terlibat dalam pengeluaran apa-apa barang-barang tersedia bungkus dan mengedarkan barang-barang tersedia bungkus untuk tujuan perdagangan;
"pengilang" ertinya mana-mana orang yang mengilang dan termasuk mana-mana orang yang membungkus semula apa-apa barang untuk tujuan perdagangan;
“pengimport" termasuklah mana-mana orang yang, sama ada sebagai pemilik, penerima barang, ejen atau broker yang dalam milikannya, atau yang berhak kepada jagaan atau kawalan barang yang diimport bagi barang-barang tersedia bungkus;
P.U. (A) 197 5
“penunjuk yang sesuai” ertinya nama atau perihal yang tertentu dan bukan nama atau perihal yang generik; dan
"sampel" ertinya barang-barang tersedia bungkus yang diambil daripada lot yang diperiksa dan digunakan untuk memberikan maklumat yang akan menjadi asas bagi keputusan mengenai pematuhan lot yang diperiksa.
Penandaaan barang-barang tersedia bungkus