Malaysia legislation

Section 3

of PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (AMAUN MINIMUM DANA MODAL ATAU LEBIHAN ASET BERBANDING LIABILITI) (ORANG BERLESEN) 2013

Seksyen 3

Tafsiran

“bank asing yang diperbadankan di Malaysia” ertinya bank berlesen—

(a)

yang merupakan subsidiari kepada syarikat asing; atau

(b)

yang mana satu atau lebih orang asing memiliki, secara agregat, lebih daripada separuh hak mengundi atau modal syer terbitan dalam bank berlesen itu;

“penanggung insurans semula profesional am berlesen” ertinya seorang penanggung insurans semula yang diperbadankan di Malaysia yang dilesenkan di bawah seksyen 10

Akta untuk menjalankan perniagaan insurans semula am semata-mata;

P.U. (A) 199 3

“penanggung insurans semula professional asing berlesen” ertinya seorang penanggung insurans semula yang diperbadankan di luar Malaysia yang dilesenkan di bawah seksyen 10 Akta untuk menjalankan perniagaan insurans semula semata-mata;

“penanggung insurans semula profesional hayat berlesen” ertinya seorang penanggung insurans semula yang diperbadankan di Malaysia yang dilesenkan di bawah seksyen 10 Akta untuk menjalankan perniagaan insurans semula hayat semata-mata.

Dana modal minimum

Section 3 — PERINTAH PERKHIDMATAN KEWANGAN (AMAUN MINIMUM DANA MODAL ATAU LEBIHAN ASET BERBANDING LIABILITI) (ORANG BERLESEN) 2013